time is gold

Monday, June 13, 2011

kita 1 Malaysia

demam bola,walau hanya FA. bola negara kena sokong. 
aku sebenarnya tidak berminat dengan sukan bola. apatah lagi untuk menyaksikannya. tambah lagi aku memang tidak mengenali lansung para pemain. 

Terengganu. tempat aku tinggal. tempat aku membesar. tempat aku mendapat pendidikan awal dari kecik comel lote hingga besar tak berapa ayu.

kelate. loghat aku bercakap. tempat aku dilahirkan kerana aku keluar ikut 'tingkap'. hanya di Kelantan pada masa itu tempat sepatutnya aku dilahirkan.ramai kawan aku dari sana.

sebenarnya, bukan lah Terengganu betul tapi aku tinggal di tengah- tengah antara Terenganu dan Kelantan. cara percakapan lebih kepada loghat kelate.

memandangkan Terengganu VS Kelantan @ Peteh VS Gomo. aku serba salah. aku tak tau nak sokong mana satu. kalau aku cuba memperkatakan kejuaraan Terengganu, memang dihentam oleh kawan-kawan Kelate. 
kalau aku sokong Kelate, aku takut lupa asal usul aku.

 tapi aku bangga walau aku dicop anak kelate ( sebab ic 03) aku tetap anak Terengganu. sebab sudah lama bermastautin di ganu.

walau apa pun berlaku, tidak kira Ganu @ Kelate. kita 1Malaysia. 1 bahasa.semoga kita terus berjuang mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

p/s: tahniah jugak kepada Terengganu menjuarai Sukan Malaysia ( SUKMA).

No comments: