time is gold

Thursday, April 28, 2011

minggu peperiksaan

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN KAWAN-KAWAN.
semoga berjaya dan lulus dengan cemerlang.

Tuesday, April 26, 2011

MERAPU je lebih ko ni

Aku tak sangka jadi macam ni..kalau aku tahu dari awal2. Aku jaga dia baik2. Dia memang baik, tak pernah buat hal dengan aku. Aku je kadang2 sumpah seranah dia tapi lepas tu aku belai semula.
aku sayang ko. Tak mungkin benci ko walau kadang2 aku marah ko. Aku tak leh hidup tanpa ko. Tanpa ko, aku rasa sunyi. Aku rasa kosong. Aku seperti tak tahu apa2 jika ko tiada. Aku mintak maaf buat ko sakit. Aku ngaku, aku yang tak jaga ko betul2. Maafkan aku.
tadi selepas solat magrib, aku tengok ko. Aku ingat ko 'sleep'. Aku cuba kejutkan ko separuh sedar. Aku pegang ko, cahaya biru je ada. Aku tak pasti tu cahaya apa. Aku tunggu ko gerak dan respon aku. Aku sabar menunggu. Tiba-tiba, ringan mulut aku tanya member aku,
A : tadi ko 'sleep' ke 'shut down'?
B : aku tersilap 'shut down'.
A : xpe la. ( sambil tekan butang on)
B : alamak. nape jadi cam ni?
A : nape?
B : tak boleh bukak laptop aku.
Its corrupt but bla.bla.bla.
C : tunggu la. tekan enter.
A : tak boleh. dah banyak kali jadi cam ni.
D : laptop aku pun pernah jadi cam ni. kena ' format' balik la ni.
A : ye ke? nanti abes la hilang gambar aku. yang penting gambar konvo.
C : nanti suruh la orang tu buat ' back up'
A : ye ke?menyesal tak save dalam CD awal2..padan muka aku.
B: guna je la laptop aku weh..

tensionnya, laptop corrupt. mungkin ada hikmah sebaliknya. maknanya kena study la..
moral : jangan tangguh2 kerja atau apa saja..terus buat aje..dah ada CD tu burn je la terus. Jadi camni kan  susah.
study tu penting untuk menjawab exam..jangan banyak main.
ni la perlunya kawan. bukan waktu senang je..susah pun kena tolong..kena give and take la. dalam persahabatan kena ikhlas barulah kekal selamanya.

p/s:merapu sebab baru  lepas buat nota tapi tak siap2 sebab dakwat pen abes.

Saturday, April 23, 2011

BUKAN INI PINTAKU


Seperti biasa, minggu untuk belajar (study week) akan ada sebelum ‘final exam’. Tak kiralah berapa hari, ia tetap panggil ‘study week’. Bagi course aku,minor hotel ada 11 hari  sebelum ‘exam’. Hari masa muda, tak remajalah ‘study’ awal2. Ok ini pernyataan untuk orang yang terlebih “RAJIN” seperti aku ( sambil tangan di bahu,mata ke atas).

Tapi “RAJIN2” aku pun nota buat la. Bukan tak sentuh buku lansung pun. Tangan menulis mata memandang kotak yang bergerak. Adoihai. Macam2 cerita menarik. Sebelum ni jarang je tengok televisyen. Sekarang? Semua cerita mandarin aku ‘follow’. Love Blossom, Just in Singapore, Happy Family ( dah tamat) ganti dengan Perfect Cut 2. Pastu tengok cerita Mata Ayer, Cinta Antara Kita, Kasih Suci ( ulangan), Naughty Kiss ( korea versi Mandarin), Oh,Feel Young! Jalan-jalan Cari Makan, Majalah 3, 360, Buletin 1.30, Buletin Utama. Semua sapu bersih. Tak ketinggalan American Idol dan Cerekarama juga ‘show2’ kat TV9 di Hatiku. Aku mula ketagih menonton tv. 

Pagi tadi bukan pagi sangat la,tengahari kat TV3 ada satu cerita. Aku pun tak ingat tajuk apa. Cerita omputih. Dia lelaki yang hensem tapi cacat penglihatan. Seorang yang berkebolehan dalam muzik, pelajaran, dan yang paling hebat “Wrestling Tournament”. Dia selalu menang. Memang la menang sebab tu cerita je. Tapi pengarah dia cuba sampaikan ‘message’ berguna kepada kita. Jangan sangka orang tak nampak ni banyak kelemahan. Dorang sebenarnya mempunyai semangat yang tinggi dari kita yang dapat melihat. Cuba tengok kat tepi kaki lima, pasar malam, atau di mana-mana. Dorang ni bukan nak mintak sedekah je. Macam2 dorang buat menyanyi, mengurut dan main alat muzik. Bukannya  nak mintak simpati tapi dorang bekerja. Itu cara yang mampu dorang buat.

Petang tadi tengok cerita Hindustan TV2. Tajuk dia Pyaree Mohan kot. Aku tak pasti. Kisah 2 sahabat yang hensem, kacak bergaya tapi sorang tak nampak ( Pyarre) sorang lagi tak dengar ( Mohan). Berkawan dengan perempuan yang gojes gitu Priya dan Preety ( adik-beradik). Mulanya cinta Pyarre dan Mohan ditolak oleh si gojes2. Alasan sebab hero2 tak sempurna. Pastu musibah menimpa si gojes sebab dituduh membunuh. Si hero2 ni la datang menyelamat. Pelbagai cabaran dan rintangan si hero2 ni dapat sebab nak tolong si gojes2.

Priya : Saya mintak maaf. Saya yang pekak sebab tak dapat nak baca kata-kata dari denyutan jantung awak.
Preety : Saya buta sebab tak dapat menilai cinta sejati awak.

Alahai so sweat sweet. Tengok orang kurang upaya ada perasaan tau. Jangan sesekali kita memperkecilkan dorang. Bukan dorang mintak lahir cam tu tapi tu adalah dari Pencipta. Kita yang celik ni sepatutnya hulurkan tangan, ringankan beban. Bukan sekadar menghina dan mencaci dorang. Renungkanlah.

Saturday, April 16, 2011

TAK SUKA TAK APE


Semakin lama semakin malas aku nak ‘update’ blog ni..
Sebab utama aku terdengar :

A : tak suka betul aku baca blog pastu cite pasal diri sendiri..
B : aah kan.cite hari ni buat apa..pergi situ..pergi sini..dapat hadiah la..bla.bla..
C : nak show off tu..nak show off ni..tak suka tau..

Aku pun tersentap sekejap sebab memang blog aku pasal aku, aktiviti harian. Kalau sempat ‘update’ la. Aku akan cite pasal apa2 yang aku rasa nak cite la..
Aku hanya mendiamkan diri. Aku pun dah malas nak buat ‘entry’ ni. Tapi still baca entry2 yang aku follow dan follower aku.

Kemudian, ada pulak membe aku tanya:

A : cah, ko dah lama tak ‘update’ blog kan??
B : aah..tak sempat la..’busy’..tido pun tak cukup..
Aku bagi alasan yang baik punya tapi memang betul lah. Setiap pelajar IPTA mahupun IPTS, mesti sibuk,lagi-lagi nak dekat final  exam ada ‘presentation’,’submit assigment’, ‘test’, ‘quiz’ dan sewaktu dengannya..
Bila aku fikir balik, buat apa kisah pasal apa yang dorang cakap. Ini blog aku,tajuk pun ‘ALL ABOUT AISYAH AHMAD’. So peduli je cakap dorang. Aku boleh tulis apa yang aku suka, apa yang aku minat, apa yang aku benci. Aku boleh taip apa saje asal tak menyentuh isu sensitif. Kalau dorang tak suka, tak perlu follow blog aku. Tak perlu gatal tangan baca blog aku. Betul tak??

Aku buat blog ni pun memang suka-suka je. Tak da pun nak ramai follower sampai seluruh rakyat Malaysia kena follow aku.. Blog aku ni sekadar luahan ataupun seperti diari yang ‘unprivate’ la. Ye aku memang suka bagitau kat semua orang apa yang aku buat. Lagi pun aku tau blog aku bukan la se’famous’ Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Zack Zuhairi. Jadi  aku boleh cite apa saja. Tak da masalah dan tak jadi tumpuan siapa2 kecuali ‘follower’ aku je. Follower aku pun belum tentu suka baca entry2 aku tapi tak kisah la.. Aku APPRECIATE dorang sudi jugak follow aku. Terima kasih korang :)

Kesimpulannya, kalau tak suka, maka tak payah la baca. Boleh pergi main jauh-jauh. Jangan dekati blog saya. Danger. Danger. 

Saya sedia menerima kritikan atau cadangan kepada yang sudi. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian terima kasih.



Sunday, April 10, 2011

be positive ok!

syuh..syuh..halau labah-labah..penuh blog aku ni ngan labah-labah..penatnya nak sapu sesawang yang banyak ni..
tu la sibuk memanjang je..tak sempat nak update..

A : sempat lagi update..padahal kerja banyak..
B : jap la..nak quick update je..

bukan sebab sibuk je, line broadband ni cam hampeh..
bayar mahal..tak dapat nak connect..bil dah bayar tiap bulan.
aku terus mencapai handphone kesayanganku..
terus mendail 1111.

A : jika anda pelanggan celcom sila tekan 1
B : tekan 1..

ikut arahan dia sampai dapat borak ng operator..
suara cm macho..orangnya mesti hensem..hehehe

operator : bil cik tak da masalah..
B           : habis tu np saya tak dapat nak conect??
operator : line ada masalah cik..kalau nak guna kena guna selepas pukul 11.45 malam..
B           : asyik masalah je.rugi la saya..tiap2 bulan bayar..selalu jadi cm ne..
operator : saya tak tau cik..memang note dia cakap boleh guna selepas waktu yang ditetapkan.

mana tak hanginnya asyik problem je..tiap2 bulan bayar tapi hampeh..tapi tak boleh nak salahkan dia..
mungkin main server dia buat hal ke..tu la kan.kadang2 manusia ni cepat betul melenting..salah sikit terus melenting..cuba la jadi positif skit..

p/s: pesanan untuk diri sendiri..sekian terima kasih:)