time is gold

Friday, February 24, 2012

kahwin bukan semudah hafal ABC

Setelah seminggu senyap di dunia blog.Biasalah sebab utama bil broadband kena potong sebab tak bayar.Dulu boleh jugak curi-curi guna wifi jiran sebelah tapi bila insan yang tidak berotak telah mencuri kabel telefon  untuk kali kedua.Semuanya angan-angan kerana Telekom tidak mempunyai peruntukkan lagi untuk memasangnya kembali.Sepatutnya pihak berkenaan perlu memperketatkan lagi sistem supaya tidak berlaku kecurian lagi.

Sabtu lepas aku sudah berjaya memiliki sijil perkahwinan.Alhamdulilah.Kursus itu berlangsung selama dua hari bernilai RM 50 sahaja. Sijil itu sah sehingga berumur 45 tahun.Selepas umur 45 tahun tak perlu la sijil tu.

Sebenarnya skop  kursus pra perkahwinan besar bukan sekadar membincangkan hubungan suami isteri dan rumah tangga. Kursus ini umpama modul yang dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama (Asas pembinaan insan) akidah,ibadah,akhlak,dan perkahwinan prosedur.Part ni biasa2 je.Masa form 5 pun belajar.Akidah tu kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan.Ibadah pula terbahagi kepada dua,khusus dan umum.Khusus melibatkan hubungan dengan Allah dan umum sesama manusia.Akhlak ialah sifat terpuji yang harus kita miliki.Prosedur perkahwinan melibatkan persediaan sebelum pernikahan,pemilihan calon,hukum,rukun,wali dan tanggunjawab suami isteri.

Bahagian kedua,(Pengurusan keluarga) hubungan dalam keluarga,pengurusan kewangan dan masa,pengurusan kesihatan,dan komunikasi suami isteri.Yang kesihatan tu penting,selagi tak da pengesahan dari pihak hospital,pernikahan itu tidak akan dilangsungkan.Begitu juga kalau calon itu menghidap HIV,pernikahan itu tidak akan diteruskan.So untuk memastikan calon itu tidak ada HIV before engage tu buat medical check up.If calon tu refuse,means he/she has HIV.

Last part ( pengurusan dalaman),pengurusan stress dan konflik,dan pembubaran perkahwinan. Stress dan konflik boleh rujuk kaunseling.Pembubaran ni maknanya macam cerai la tapi disebabkan talak,khuluk,fasakh dan li'an.Taklik ialah cerai yang senang jatuh. Contoh, jika kamu keluar dari rumah,maka jatuhlah talak. So isteri tidak boleh keluar rumah selamanya,jika si isteri keluar juga,maka jatuhla talak serta merta. Ingat kuasa suami memang hebat.Si suami pula jangan la menggunakan perkataan talak tu seperti satu gurauan. Nampak macam gurauan tetapi jika tidak laksanakan berdosa la jawabnya.


sumber cik google :)


Bak kata seorang penceramah,"kahwin bukan semudah hafal ABC''.

Friday, February 17, 2012

malam yang sepi,pak mat jual topi

Di suatu malam yang sepi,aku duduk sambil mengadap laptop kesayangan.Tangan yang memegang mouse terus klik new post. Kemudian jari-jemari yang tak berapa nak runcing terus menekan-nekan keyboard.Otak berputar ligat memerah idea.

Dan berakhir setakat ini sahaja kerana otak dan tangan tak mampu bekerjasama. Aku mahu tidur awal kerana awal pagi esok aku akan menghadiri kursus pra perkahwinan. Yela. Tengok kawan sibuk bertunang,aku teringin juga tapi sekadar menghadiri kursus sahaja.Calon belum temui lagi.Hehehe.

Selamat Malam.Semoga bila kita sedar esok,kita masih di bumi yang nyata.Insya Allah.

Monday, February 13, 2012

bila saya besar,saya nak jadi pencuri

Sebelum Maghrib tadi lepas aku menggoreng popia buatan sendiri,aku terdengar abangku bising-bising.Berbual dengan mak aku agaknya. Setelah siap semua,aku pun meluru ke arah mereka di ruang tamu. biasalah penyiasat mahu menjalankan siasatan.

Setelah adegan siasat menyiasat,rupanya ada  berlaku kecurian di kampung aku.Banyak juga la kecurian berlaku terutamanya motosikal. lagi sedih pabila pemilik motor tu sedang berpenat lelah mengerjakan sawah padi  pabila siap kerjanya, pemilik itu terus menuju ke motornya dan tanpa disedari dia dipukul dan motornya dibawa lari.Aku terfikir sejenak,punya la susah orang kumpul duit nak beli sebuah motor.Suka hati kau je nak mencuri.Tak habis dengan mencuri kau pukul tuan punya motor.Masya Allah. Manusia jenis apa kau ni?

Teringat pulak kejadian kecurian  motor abang aku beberapa tahun lepas.abang aku baru sahaja pulang dari kedai.beberapa minit kemudian motornya dicuri dan pencuri lesap sampai hari ini..Seminggu selepas itu motor sepupuku pula dicuri.Tapi nasibnya baik kerana pencuri itu dapat ditangkap. 





Bila difikir dan memikir,aku bertanya sendirian. Kenapa dia boleh jadi pencuri?Terdesak?Hasutan syaitan?Masalah keluarga?pengaruh rakan sebaya?Mak ayah dorang tak ajar ke?
Biasanya bila berlaku macam ni,ibu bapa mesti disalahkan. Kalau kita fikir,tak kan la mak ayah nak ajar anak dia buat perkara jahat.Tak mungkin. kalau ada pun,memang betul-betul terdesak.Ataupun memang dia bercita-cita mahu jadi pencuri.Pengaruh rakan sebaya mungkin boleh dikaitkan.Yang ini mungkin faktor utama. Kesimpulan,aku memang tak dapat nak simpul.janganlah kita jadi pencuri.

Mak aku berpesan,tu la mulut tu selalu kena rajin berdoa.baca ayat kursi,surah 3 kul dan selalu mintak jauh dari anasir jahat.Insya Allah mak.

Thursday, February 9, 2012

jom kahwin 4!

Seperti biasa usai solat Subuh, aku terus menuju ke dapur. Menolong akak iparku menyediakan sarapan pagi untuk abangku dan anaknya. inilah rutin harianku sepanjang cuti semester ini.
waktu tengah hari jugak,aku akan menolong apa yang patut. biasa aku akan ditugaskan mengoreng atau memasak sayur. itu sahaja yang aku pandai.nasib siapa kahwin dengan aku.hari-hari makan sayur.

Sejak aku berada  di rumah,banyak aku mendengar ceramah berkisahkan Nabi Muhamad ( SAW). walaupun sekadar dengar dan tak dengar je, aku akan amati cerita itu. Kalau dulu masa kelas fardu ain aku paling tak suka subjek sirah. selalu kena berdiri sebab tak dapat jawab soalan berkenaan sirah. bila aku dengar kisah Rasulullah ( SAW) aku rasa teruja dan kagum.rasa seperti macam boleh jumpa baginda walhal realitinya tak.Betapa hebat baginda hidup yang penuh dengan dugaan,cabaran dan halangan. Kena baling taik,kena hina kena caci,dan banyak lagi tetapi baginda tidak pernah melatah malah menghadapinya dengan tenang dan sabar. Allahuakbar.

kalau kita kena,terus melenting.Aku tidak memperkatakan kepada orang lain tetapi diri aku sendiri. Pantang kena tegur aku terus marah,melenting. Masya Allah.Baginda memaafkan umatnya dengan begitu senang ,kita nak memaafkan orang memang payah. Betapa pekerti mulianya Ya Rasulullah.Ye aku tahu kita manusia biasa bukan nabi. Manusia yang selalu buat silap. Tapi kenapa kita tidak mahu mengikut segala jejak baginda. Kalau bab kahwin,semua nak ikut nabi.kahwin 4,sunnah nabi katanya. Bagaimana dengan solat?Puasa?Berbuat baik sesama manusia?Mempunyai akhlak yang baik?Adakah kita mengikut sunnah nabi?


sumber cik google :)
sila besarkan untuk lebih lanjut.


p/s:bukan niat menunjuk baik,sekadar mengingatkan sesama kita.Insya Allah.Jangan lupa selawat.
RT @infosihat2u : Sabda Rasulullah : "orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak brselawat kepadaku.





Wednesday, February 1, 2012

last day at Dusun ECO Resort


Hari ketiga dan hari terakhir di sana.Masing-masing tak sabar nak balik.Penat mula terasa.Sakit badan dan lenguh-lenguh satu badan.Jalan yang berbukit dan setiap hari turun dan naik bukit.Memang slim kaki.Aktiviti terakhir merentasi jambatan gantung dan flying fox.Tetapi sebelum itu,senamrobik baru ada setelah 3 hari berlalu.pelik kan?

tepuk2 semangat.dan tepuk break.tapi belajar sampai break 8 je.tak sempat.

senam robik lagu sedetik lebih. feeling habis.

hamboi.ignore gambar yg bergerak.syok bersenam.hehehe

ke kiri ke kanan.ke depan ke belakang.

dengar sini semua.kita akan naik jambatan gantung.safety first ye.

sape ada sakit2 boleh mintak ubat ye.

muka masing2 excited.aku muka cuak sebab takut gayat.
ini dia jambatan gantungnya.jauhnya.aku memang takut.gayat.


hamboi.sempat posing bila dah sampai penghujungnya.
muka lega dah sampai.hehehe


lecturer yang sporting habis.hehehe


menunggu giliran untuk flying fox

excited je mamat ni.


muka macam cuak je.

kami bersedia.yeay.


1 2 3 terbang.


Finally, majlis penutup,penyampaian hadiah dan sijil penghargaan.juga sesi bergambar.



kat dalam hutan mana ada LCD.so manual pun bole la.hehehe



Green Team.The winner.


blue wave.second place.


oreng.third place.


pinky pinky.4th place.


last but not least,yellow mellow


organizer.orang kuat camp ni.

we are CAs second generation.
sekian sahaja untuk laporan ini.