time is gold

Wednesday, November 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Happy Sunday

Pagi Ahad,hari minggu. Sepatutnya hari untuk berehat di rumah setelah Sabtu berpenat lelah menganjurkan Seminar Grooming Embraces Personality ''Dare to Impress". Anjuran dari kelas HM 221 5A dan 5C untuk subjek Proffesional Development. 

Agak mendapat sambutan. Dengan kehadiran speakers iaitu En.Feriz Omar selaku President PROWARIS dan suami kepada Fifi ( Personaliti TV3) dan juga Rina Salleh ( Juara Gadis Melayu musim ke-3). 
Alhamdulilah,semuanya berjalan dengan lancar. Madam selaku lecturer kami jugak memuji. Mungkin akan mendapat markah yang tinggi. Mudah-mudahan. Amin :)

Kebetulan pula, kawan aku dari Terengganu dan Melaka menyertai seminar itu. Mereka pernah sekelas dengan aku sewaktu diploma di UiTM Alor Gajah. Pernah juga satu group assignment. Mana mungkin melupakan mereka setelah datang dari jauh. Mengambil masa yang ada untuk meluangkan masa bersama-sama. 

Menonton wayang mungkin aktiviti biasa bila keluar bersama rakan. Twilight : Breaking Dawn,Part 1. Oh aku sudah jatuh cinta dengan cerita ini. Memang aku tak pernah layan cerita ni dari awal, Tapi mulai sekarang aku akan follow cerita ini. It was awesome. Tak sabar aku mahu menonton part 2. Yieha. 
Menyanyi melalak juga kami lakukan. Dan selepas itu makan untuk mengisi perut juga window shopping.


Sebelum menonton

selepas menonton

Shamira (kiri) dulu dip sama2 tapi lain kelas sekrang dia ambik hotel


Ole-ole Shah Alam seksyen 18

karaoke time

dari kiri :eyza ( dip sama2 dan sekelas) sekarang satu kelas ng shamira.
dari kiri husna, saya, eamy ( melaka), shamira,eyza dan mira (terengganu)

dulu belum berpunya,sekarang sudah berpunya

dari kanan : hani sekelas dr dip sampai sekarang juga housemate.


dari kanan : husna classmate dari dip sampai sekarang.housemate juga

kami memang suka bergambar

dan kami lagi :)
p/s : terima kasih eyza, shami, mira,eamy, husna dan hani. semoga persahabatan terikat selamanya.
       thanks shami sudi ambik dan hantar :)
       

Saturday, November 26, 2011

tahun baru?2012 ke?

Alhamdulilah.
Hari ini aku masih bernafas,
masih dapat melihat,
masih dapat merasa,
masih dapat bercakap,
masih dapat mendengar
dan masih sihat anggota badan.
Syukur padaMu Ya Allah.

Aku memohon semoga di tahun baru ini (1433) memberi aku sinar supaya aku lebih mendekatiNya.
Insya Allah.

Mari kita tutup buku lama, dan buka buku baru.
Semoga buku baru kita dipenuhi dengan manik-manik cinta kepadaNya.
Insya Allah.

sumber google 

Friday, November 11, 2011

Aku dengar mak

Pagi tadi selepas Subuh,kakiku terus melangkah ke dapur. Aku tak pasti kenapa begitu rajin.
Mungkin kerana hari ini hari terakhir berada di rumah. Cuti sudah habis bro. Dan esok aku akan kembali ke tempat aku menimba ilmu.

Aku mencari-cari apa yang boleh dibuat untuk sarapan pagi ini. Nasi semalam masih banyak. Kebetulan ikan goreng dan daging masih ada. Aku hancurkan ikan dan potong daging kecil supaya senang dimakan. Aku sediakan bahan untuk membuat nasi goreng. 

Klang Klatung Klang Kaltung. Sudip berbunyi pabila berlaga dengan kuali.
Mak dan akak aku datang menjenguk sambil bertanya,'masok gapo tu? (masak apa tu).
'Buat nasi goreng tapi dok tau la sedap ko dok( buat nasi goreng tapi tak tahu la sedap ke tak)',jawabku.
'Sedap la tu kalu moksu masok.( sedap la tu kalau maksu masak) sambil gelak.

Setelah siap aku hidangkan mak aku. Aku pun turut makan bersama mak aku sambil berbual-bual.
Macam-macam cerita ada. Sesekali mak aku memberi syarahan percuma dan nasihat. Aku sekadar diam dan makan perlahan-lahan.Tiba-tiba sampai satu part,

mak : biarlah ore buat jahat ko kito jangan kito balas. dok baik.buat doso jah.
         ( biarlah orang buat jahat kat kita tapi kita jangan balas balik. tak baik.dapat dosa je.)

Aku terdiam. Insya-Allah mak,aku akan ingat pesanan mak. Mak aku selalu berpesan itu berpesan ini. Aku dengar. Kadang-kadang aku buat,kadang-kadang aku lalai. 

Ya Allah,Jauhilah aku dari kemungkaran dan ampunilah dosaku Ya Allah. Amin.


sumber google

Wednesday, November 9, 2011

Wednesday, November 2, 2011