time is gold

Sunday, October 30, 2011

umur makin meningkat,ibadat tingkatkan tak?

Hari ini hari Ahad bersamaan 30 Oktober 2011.
Genaplah saya 22 tahun..

Ok.Bye.
Terima kasih :)

gambar tak berkenaan :)

Friday, October 21, 2011

jom rebut emas

Orang kata masa itu emas. Tapi kenapa kita tidak  mahu merebutnya?
Kenapa kita suka mempersiakan masa ?

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar hari ini sudah 21 Oktober 2011.

Masa berjalan tanpa kita sedari.
Hargailah masa. Hargai 'emas' kita.

sumber google

Saturday, October 15, 2011

Semoga kau....

Selamat hari lahir kawan,sahabat,teman.
Nurul Husna Zulkifli.

Aku ingin mengucapkan :

1. Semoga panjang umur
2. Semoga murah rezeki
3. Semoga bahagia selalu
4. Semoga berjaya dalam hidup
5. Semoga dapat apa yang diiginkan
6. Semoga cepat bertemu jodoh
7. Semoga dapat kuruskan badan.Hahaha
8. Semoga sihat selalu
9. Semoga kita berkawan selamanya
10. Semoga kau tidak lupakan aku


dapat brownies dari pakwe.jeles.

Friday, October 14, 2011

Fakta menarik mengenai Wanita


  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  18. Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



P/s : sumber google

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

nak kahwin lepas degree la..eh tak2 kahwin umur 25 la..

Pagi tadi hujan. Membuatkan aku makin menarik selimut seperti hantu bungkus.
Dengan daya yang malas aku tetap bersiap untuk menimba ilmu.

Hujan masih renyai. Area Astana Alam 2 sunyi. Mugkin penghuni juga masih lena diulit mimpi dengan kedinginan pagi.

Seperti biasa waktu pagi, kami jarang berbual. Mood pagi. 
Radio dibuka. Kedengaran siaran Era.

'Saya ada kat KL.Isteri ada kat JB. Cerita seorang pendengar Era.
'Saya call dia tak jawab. Saya message dia tak reply'.
 
 
Kenapa? tanya aznil.
'Saya kena gantung kerja. Dianayai oleh kawan saya sendiri'.
'Semua kerja saya buat. semata-mata nak duit. Tak kesah la RM 10 ke RM 5 ke.Semua kerja saya buat'.
'Awak ada anak tak?. Tanya Aznil lagi.

'Ada.sorang je.saya rindu anak dan isteri saya. Saya malu sebab mak mertua saya pandang saya serong. Saya tak da kerja'. Suara dia seperti sebak.

;Awak sepatutnya tunjuk effort awak. Barulah mak mertua kesian. Mungkin dia akan faham situasi awak'. Aznil memberi nasihat kepada pendengar tersebut.

kami yang mendengar terus bersuara. 

Sedihnya. Tak kan dia tak cerita kat isteri dia? 
 Tak kan isteri dia tak faham?

Pelbagai persoalan timbul dari kami. 

Aku berfikir sejenak. Kahwin bukan senang. Banyak benda yang harus dipelajari.  Banyak dugaan dan rintangan. Terfikir jugak orang yang berkahwin muda. dan yang masih belajar. Macamana mereka lalui hidup  mereka? Mungkin mereka dari keluarga berada. Tiap-tiap bulan duit masuk.

Aku yang belum berkahwin sudah merasai kepritan hidup apatah lagi bila berkahwin di usia yang muda yang belum mengenali dunia sepenuhnya

Tapi siapa aku untuk menolak  jika jodoh telah tertulis untuk aku berkahwin di usia muda?

sumber google

Saturday, October 8, 2011

siapa kau?

siapa kita mahu menghukum sesama kita?
terus menerus menyalahkan orang.
tiada peluang untk bersuara.
terus menerus menuding jari menyalahkan orang.

sumber google

Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday # 1

Tiba masa untuk sibukkan diri menyiapkan tugasan-tugasan yang berlambak.
Tiada masa untuk bermain dan berfoya-foya.Noktah.

Sunday, October 2, 2011

Open House and Doa Selamat

Sabtu,1 Oktober 2011.
Rumah Chong a.ka. Mad Jeid