time is gold

Friday, September 30, 2011

jangan lupa dia

Bunga raya telah dipilih menjadi bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj.

Pemilihan bungat tersebut kerana bunga raya melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta melambangkan keberanian  menempuh cabaran. ( dulu ye la, sekarang tak kot)

Selain itu kerana bunga raya mempunyai lima kelopak simbolik dengan rukun negara kita. ( Siapa tak tahu rukun negara sila ke negara lain)

Dari segi warna bunga,bentuk dan ukuran pula menjadi  lambang pelbagai bangsa,agama dan kebudayaan  yang harmoni di negara kita.

Sebab itu bunga raya telah terpilih dan bukannya bunga mawar,melur atau kenanga.

Tapi ada lagi ke orang tanam bunga raya ni? 


.

Thursday, September 29, 2011

Spontaneous Thursday # 1

Minggu ke 3.

Tekan clutch tukar gear 3.
Terus maju ke depan. Jangan reverse.
Assigments menunggu.

sumber google

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

selamat pagi

Bangun pagi,

gosok gigi,cuci muka dan mandi,
minum susu makan roti,
lalalalaa.


Lagu yang pernah dinanyikan ketika zaman mula mengenali ABC dan 123.
sesuai untuk aku yang tengah bangun pagi sekarang.

Jadual telah berubah. Sepatutnya hari Isnin tiada sebarang kelas tiba-tiba telah bertukar.
bermula 11.30 pagi  dan berakhir 4.30 petang.



SeLamaT Pagi SeMua. Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Insya-Allah.

Saturday, September 24, 2011

KL Gangster vs Nur Kasih The Movie

Keletuk keletak. Bunyi sudip berlaga dengan kuali. Siapa yang masak pagi-pagi ni?

Aku membuka tombol pintu dan menuju ke dapur. Husna,kawanku telah menyiapkan sarapan pagi. Nasi goreng dan teh. Satu kombinasi yang sesuai,pendapat aku la.

'Husna,bagusnya ko. Siap masak lagi. Thanks'.
'Tak da menda la weh. Biasa2 je'. Tersipu malu.

Lebih kurang 10 lebih,aku bertolak ke UiTm Shah Alam bersama dua rakan sekelasku. Tujuan utama untk berjumpa Ketua Program ( KP). Sempat juga mengimbas kenangan di area situ. Kafe Oren tempat yang kami selalu lepak. Setelah urusan selesai dengan KP  aku menuju ke kolej Melati untuk berehat seketika di bilik memberku. sSempaNama biasa bagi aku kerana aku pernah menginap di situ. Blok 4B. Walau hanya satu sem di sana tetapi tetap tersimpan 1001 kenangan manis dan pahit.

Dataran Cendikia ( betul ke) atau dikenali DC masih meriah seperti dulu. Kedai-kedai makan sudah dipenuhi dengan peniaga. Rindu bila teringat kembali. Memberku mengajak ke tempat yang murah.3 lauk RM 4.50. Kalau di Puncak mahu RM 5. Jauh berbeza.

Kaunter Bank Islam sudah di buka di kolej Teratai. Mungkin tempat lain jga berubah. Aku tidak sempat menjelajah semua tempat.

memberku menghadiri satu perjumpaan. Tinggal aku bersendirian di bilik. Dia 'bekalkan' aku laptop dan movies. KL Gangster dan Nur Kasih The Movie jadi pilihanku.

KL Gangster. Takut dan ganas. Risau aku jika aksi-aksi itu menjadi ikutan di alam realiti walhal memang betul berlaku. Itulah gejala masalah yang berlak di negara ini. Salah masuk kawasan,gaduh. Orang tak cari pasal,sengaja buat pasal. Kerana duit, sanggup membunuh. Ada duit,ada kuasa. 


sumber google




Nur Kasih The Movie. sebuah cerita yang menghayat hati. Pabila perkhawinan diredhai,walau apa yang terjadi, ia tetap bersama. Kasih sayang yang wujud kerana Allah sanggup lakukan apa saja untuk pasangannya.Setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Jika kehilangan sesuatu,Tuhan telah mengantikan dengan benda lain. Kesanggupan dan kesetiaan sepasang suami isteri seolah-olah aku lah mereka. Aku mahukan keluarga yang bahagia dan diredhai Allah.

Tersedar rembesan air mata bercucuran. Aku cepat-cepat mengelapnya.

sumber google

Thursday, September 22, 2011

Spontaneous Thursday

facebook bertukar lagi?
aku sudah pening. rasa hilang mood untuk membuka facebook.

Monday, September 19, 2011

pink la pulok

Header baru.
Dibuat oleh si comel. terima kasih diucapkan.

Header bertukar,maka template pun bertukar.
Merah jambu dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.
terima kasih si cantik.

Azam terkubur begitu sahaja

Cuaca di luar redup. Hujan baru sahaja membasahi bumi. Waktu yang seronok untuk berehat dan berguling-guling di atas tilam yang empuk. Tapi aku abaikan perasaan itu.

Seminggu berlalu. Hari ini minggu kedua. Assignments telah beratur untuk disiapkan. Aku akur. Lumrah seorang pelajar.

Azam aku setiap semester baru. Mahu menyiapkan assignments awal. Tak nak buat kerja last minute.Study awal-awal.

pabila laptop di on. Facebook menjadi pilihan. baca sampai keluar "There are no more posts to show
right now".ok done.

Blogwalking. Baca entry-entry yang di follow.

Assignment? Tunggu dulu. Lambat lagi.Masa masih ada. Rilek.

jangan jadi macam ni sudah
sumber: google

Sunday, September 18, 2011

nak kaya tak ?

Al-kisah ada seorang budak.
Dia selalu tersenyum apabila melihat tabung masjid. Perilaku itu menyebabkan imam masjid itu berasa curiga dan hairan.

Pada suatu hari, imam tersebut berkesempatan menanyakan budak tersebut,
'wahai budak kenapa engkau suka tersenyum bila melihat tabung masjid itu?

lantas, budak itu menjawab,
'cikgu saya kata senyum itu sedekah. saya tak da duit jadi saya sedekah senyuman je kat tabung tu'.


sumber google



Friday, September 16, 2011

bendera berkibar di angkasa

Salam 1 Malaysia dan Selamat Menyambut Hari 1 Malaysia.

sumber google





Bendera Malaysia dicipta pada tahun 1947.
Ilham untuk menamakan Jalur gemilang ialah Datuk Hashim Mat Idris.

sumber google

Tuesday, September 13, 2011

aku masih di situ

pagi yang ceria. kelas yang padat.
sumbatkan serba sedikit ilmu. setelah 4 bulan otak kosong yang hanya penuh dengan keriangan diisi serba sedkit ilmu pengetahuan.

'saya nak test power otak awak samada tahu atau tidak tentang human resource'.kata lecturer Human Resource Management in Hospitality Industry'

awak tahu apa financial?kenapa orang banyak duit tapi masih buat loan?apa kegunaan loan?tanya lecturer Hospitality Financial Management.

apa yang awak inspect dalam kelas hospitality  research method?apa tajuk research awak?

pelbagai soalan diajukan.aku masih di situ. masih merenung lecturer. masih belum bersedia.

sumber google


Monday, September 12, 2011

liat macam tanah liat

Tatkala insan lain bersiap untuk ke kelas,aku pula di bilik bertepuk sambil hip hip horay. Jadual telah  dicek dan Selasa kelas aku bermula. Yeah.

Tetapi liat mula terasa.

sumber google

Sunday, September 11, 2011

4 bulan berlalu.Cuti semester sudah habis.
Aku pula sudah berada di Puncak Alam,Kuala Selangor.
Nama yang asing bagi mereka yang belum tahu kewujudan puncak alam termasuk abang aku yang boleh sesat semasa menghantar aku ke sini.

Kelakar bila diingat kembali.kejadian Jumaat lepas. Aku dengan yakin menunjuk arah jalan.

'ikut shah alam ko?tanya abangku. ( ikut shah alam ke?)
'tak yoh la.ikut klang terus.takut jam la masuk shah alam'.Jawabku dengan yakin.( tak payah.ikut klang terus.takut jam la masuk shah alam.)


'ikut klang banting ko? Tanya abangku lagi.
'dok.straight  jah'. (tak.straight je)

Kemudian,kelihatan lori-lori kontena dan laut.Juga kami melalui jambatan. Aku memandang kawan aku yang juga menumpang aku balik ke puncak. Kami berpandangan dan gelak.

'betul ko dok ni?kalau sesat keno belanja make ni'. Abang aku bersuara. ( betul ke tak ni?kalau sesat kena belanja makan.)

'betul.abe pauzi kena cayo kito.dok sesat eh'.aku menjawab. ( betul.abang pauzi kena percaya kat kita.tak sesat la.)


Perjalanan makin jauh. Lori-lori kontena yang besar kelihatan keluar dan masuk. Papan tanda pula menunjukkan west port pulau indah terus.

Aku memandang john iaitu kawanku.aku tersenyum dan bersuara.
'mace lain jah jalan ni?( macam lain je jalan ni?). Tiba-tiba aku berkata-kata.

Abangku terus berkata,'aku oyak doh.jauh ni nak patoh balik'.(aku dah cakap.jauh kalau nak patah balik ni)
'tak pe la.bulih kenal port klang'.hahaha. Aku tergelak. ( tak pe la.boleh kenal port klang)

Perjalanan itu melalui bandar Klang yang meriah dengan lampu berwarna-warni. suasana yang 'hidup' di malam minggu.
Jusco Bukit Tinggi tersergam indah.Besar. Aku jakun seketika melihat bangunan itu. Tak pernah aku sampai ke Bukit Tinggi sebelum ini. 'ada hikmah juga sesat kali ini'. Aku berkata dalam hati.


Tok.Tok. kedengaran pintu diketuk. Aku terus mencapai tudung  dan membuka pintu. Kekadang budak lelaki depan rumah suka mengetuk pintu rumah kami. Kawan sekelas aku.

Husna. kawanku dari Pekan baru tiba. Suasana dalam rumah sewa makin riuh kerana sudah 4 bulan lebih tidak ke temu.

Saturday, September 10, 2011

dulu dan sekarang

suatu masa  dulu di kedai runcit.


ali  : bang nak top up Celcom RM 5.

penjual : RM 5.50.

ali : mahalnya.kenapa RM 5.50 lak?kena buat report ni.

penjual : eh jangan cam tu dik.abang pun beli ngan orang mahal.

ali : nak untung je tau. ( dalam hati)



sekarang di kedai top up.


ali : bang,nak top up RM 30.

penjual : RM 31.80.

ali : mak oii.mahalnya.ni dapat kredit RM 31.80 jugak ke?nak kena report ni.

penjual : tak la.kan dah kena caj cukai perkhidmatan 6%. adik tak tengok berita ke?


ali : ye ke?tak pe la bang.bagi RM 5 je la.

penjual : RM 5.30.

ali :hah ada sen jugak ke?
kalau macam ni baik tak yah guna handphone.semua nak caj ( dalam hatinya)


sumber google

Tuesday, September 6, 2011

aku sayang islam

Jibril A.S berkata kepada Rasulullah s.a.w,

'Ya Muhammad,tahukah engkau kenapa singkat  umur umatmu?

Tanpa menunggu jawapan Rasullulah, Jibril sendiri menjawab pertanyaan itu.

'Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan perbuatan maksiat'.


Masya Allah.


Sunday, September 4, 2011

hati-hati sayang

suasana sunyi.
kemeriahan tidak lagi kedengaran.
masing-masing sibuk pulang ke kota.
jalan raya dipenuhi kereta yang pelbagai bentuk dan jenama.
sesekali kemalangan akan berlaku jika tiada sikap kesedaran dalam diri.

pandu dengan cermat.
sayangi diri anda.
ingatlah orang tersayang.

sumber google


Thursday, September 1, 2011

masih sempat kan?


rasanya belum terlambat untuk memohon maaf kepada kalian ( pembaca blog).
semoga Syawal ini memberi seribu makna kepada kita :)