time is gold

Wednesday, October 17, 2012

woi follow la aku

Alhamdulilah aku masih bernafas dan mampu meneruskan hidup di dunia ini. Sedar tak sedar bulan Oktober dah nak hampir ke separuh bulan. Masa berlalu pantas sekali. Ayat yang selalu kite ungkapkan.

Beberapa bulan tidak melawat blog ini setelah berhempas pulas menamatkan pengajian pada Julai yang lalu. Alhamdulilah. Dan bakal bergraduasi pada bulan Disember, Insya Allah.

Hidupku sekarang bebas dari belajar, assignment, test dan kuiz. Tapi yang menjadi masalahnya badan semakin kembang comel. bukan aku tak cuba cari keje. dah banyak aku hantar resume tapi satu pun tak da feedback. Tiada rezeki, mungkin. Apa boleh buat mungkin kata-kata aku termakbul sebab  pabila orang bertanya,'tak kerja ke? dan aku menjawab mahu cuti puas-puas.



Sebenarnya tiada apa yang mahu diceritakan. Cukuplah selama ini segala aktiviti dan ketidakpuasan hati terluah di twitter,laman sosial yang digilai oleh semua orang. Setiap masa dan waktu ada saje yang di'tweetkan' hingga melalaikan dan menjadikan kerja lambat. Bahkan segala keluahan rasa dan apa saja mengadu di Twitter hingga ada yang bersuara,'Buat apa mengadu di Twitter, mengadulah  kepada Allah'.

Ya memang betul setiap keluhan atau apa saja sebaiknya diadukan kepada Allah tetapi kekadang kita ni makhluk biasa. Tidak sampai hati mahu diluahkan kepada orang sebaliknya laman sosial ini jadi mangsanya. Walaupun ada yang tidak puas hati, benci dan menyampah dengan status kita. Satu cara nak elakkan perkara begitu, tekan saja unfollow button. Senang cerita. Apa kata follow tweet yang berfaedah seperti @ustazBertweet, @iluvislam,  dan banyak lagi.