time is gold

Tuesday, May 31, 2011

sekadar merenung

Menjadi kebiasaan aku bila tiada kerja. online dan bukak Facebook. terdetik hati aku untuk membaca satu nota yang bertajuk 13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG  TIDAK MENUTUP AURATmenarik.
bukan untuk mengaibkan sesiapa. sekadar untuk membaca meghilangkan kebosanan. tapi kekadang untuk menyedarkan orang yang suka cakap :


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

 renunglah bersama-sama. bukan untukorang lain tapi peringatan untuk diri sendiri.

Friday, May 27, 2011

dilarang menyikat rambut

Lunch time tadi aku makan kt Mc Donald’s kat Jusco.  Ramainya manusia. Budak sekolah terutamanya.
Aku makan bersendirian.  Rasa kosong. Tidak dapat menikmati makanan yang sepatutnya lazat. Aku  makan sambil pandang orang-orang berdekatan. Tak bersungguh aku makan. Perit nak habiskan sebiji burger. Aku order large Spicy Chicken Mc Deluxe.

Seorang perempuan tanpa segan silu menyikat rambut di tempat membasuh tangan. Padahal tempat orang makan. Kalau nak berhias pun silalah pergi ke tandas. Ini tempat makan tak sesuai  untu berhias. Aku  sekadar memerhati. Kalau aku pekerja di situ mesti aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku. Paling tidak tampal sticker kat tempat basuh tangan, Prohibited Brushing ( betul ke words ini) aku tak pasti atau Dilarang Menyikat Rambut . Macam pelik je ayat ni. Ah  apa sahaja. Asal orang faham.

Helo. Ya kak. Akak dah balik. Akak kunci pintu je. Oh ok2. Aku terus tinggalkan burger yang tak mampu aku habiskan. Lantas mencuci tangan. Fries dan air masih banyak. Nak buang sayang. Burger dah membazir. Guna plastic Guardian letak semua itu. Kebetulan tadi singgah di situ. Beli payung. Cuaca yang panas membuatkan aku membeli payung  tersebut.

Keluar dari Mc’D. Berjalan pantas menaiki tangga.  Melalui jejambat  jejantas. Kelihatan pelajar sekolah sedang lepak di tepi tangga. Nak lalu pun susah. Dik tepi sikit. Tak muat la.

Sampai di office.  Penat. Fuh  aircond. Lega. 

Thursday, May 26, 2011

cinta cintun


Sedang sibuk main game Feeding Frenzy, tiba-tiba FB chat berbunyi.  Aku pause game dan reply chat itu. Orang yang sangat dikenali. Yang pernah buat aku kecewa lalu membuatkan aku lebih berhati-hati. Dia bertanya khabar aku. Aku menjawab segala pertanyaannya. Tiada guna menyimpan dendam. Benda yang lepas jangan dikenang. Makin kenang, makin sakit. Bak kata pepatah, ambil yang keruh buang yang jernih. 

“Aku sumpoh la aku dok playboy dh. Dok cayo tanya kak aku”. Aku masih ingat kata-kata dia masa kononnya nak tackle aku. Setiap hari jumpa mesti ada ayat dia untuk memikat aku. Aku pun kenal dia sejak Form 1 lagi. Kami satu kelas. Tapi masa Form 4 aku kelas akaun dia pula kelas sains. Kelas kami sebelah menyebelah je.  Mana tak termakan kata-kata buaya darat. 

Aku terima dia dalam keadaan terpaksa sebab bosan kena pujuk setiap hari. Lagipundengan jaminan kawan baik aku untuk terima dia. Hubungan terjalin. Aku rasa dunia ini aku yang punya.  Kami sentiasa berdua bila ke mana atau buat apa saja. Perasaan sayang mula terbit.
Aku dapat melanjutkan  pelajaran ke UiTM Alor Gajah. Dia hanya masuk ke kolej biasa. Kami jarang berbalas message. Apatah lagi untuk call.
Tiba hari jadi aku, aku mendapat panggilan free dari Celcom. Aku berharap dia menjadi orang pertama yang wish aku. Tapi sangkaan aku meleset. Dia langsung tidak mengucap apa-apa. Sudah lupa barangakali. Aku call dia. Terkejut bagai nak tercabut jantung aku. Seorang perempuan yang menjawabnya. 

Aku ditinggalkan begitu sahaja seperti digantung tanpa tali. 

Awok tokse bagi saya peluang ko?bagila peluang sekali lagi. Sayo tau sayo buat saloh. Saya nyesal. Saya cari awok. Awk tuka nombor tpon ko?awok da berpunya ko? Aku sekadar gelak. 

Senang kau bercakap. Aku yang terseksa. Aku lah paling bodoh sebab terima kau dulu. Banyak masalah yang menimpa. Tapi aku buta sebab kau. Sebab kau aku hampir membenci  insan yang bergelar lelaki.
Tapi aku masih ingat Allah. Aku ada Allah. Aku berdoa kepadaNya. Alhamdulilah semuanya pulih. Aku tak nak menjadi prejudis atau stereotaip. Membenci lelaki yang tak bersalah kerana seorang lelaki yang melukai aku. 

Aku jadikan ini sebagai pengajaran. Aku tak ingin lagi hanyut kepada cinta seorang lelaki yang tiada ikatan yang sah. Aku hanya abdikan cintaku kepadaNya terlebih dahulu.  Mudah-mudahan.InsyaAllah.

Monday, May 23, 2011

aku kerani je

Allahuakbar. Allahuakbar. Nada alarm handphone aku berbunyi.  Lagu Always Be There nyanyian Maher Zain. Tersentak sedar terus bangun. Malas bukan kepalang. Tapi aku gagahi jua. Adab tinggal di rumah orang kena jaga. Orang pun bukan sapa tapi mak saudara aku sendiri. Tapi sebagai anak dara tak manis bangun lambat. Rezeki payah masuk.

Memilih baju yang sesuai ke pejabat. Baju kurung. Baju kebangsaan. Bagi aku lebih selasa selesa dan cantik dipandang. Chewah. Hati berdebar-debar. Hari pertama bekerja. Kerani. Moklin Sdn.Bhd. company pak cik aku. Segan mula terasa  kerana company pak cik. Kalau mak cik tak pe sebab  adik mak aku.

Terasa kekok bila berbual. Aku lebih suka berdiam diri. Mungkin hari pertama. Belum bertemu keserasian. Tapi aku bertanya serba sedikit kerja yang akan aku buat. Tak banyak. Pergi bank. Tulis payment voucher. Resit. Catat. Siap.

Otak mula merewang memikirkan yang aku suka tempat kerja ini. Ada Jusco. Aku boleh merayau. Tapi sendirian. Aku kena berdikari. Belajar berdikari untuk masa depan. Tak sabar untuk menempuhi hari kedua. Semoga banyak ilmu yang diperolehi.

p/s : cerita kongsi arahan Farid Kamil bukan David Teo.

Saturday, May 21, 2011

aku tak nak jadi perampas la

Pagi  yang begitu indah. Aku sedang leka melayari internet. Kedengaran orang memberi salam. Ya. Aku kenal suara itu. Suara yang aku rindu. Yang sekian lama tidak bersua. Lantas aku mejawab salam dan membuka pintu. Ternyata tekaan aku betul. Tangan dihulur dan bersalam-salaman.  Kakak aku yang keempat mempunyai anak 8 orang berkunjung ke rumah. Sudah tentu bingit jadinya. Suasana yang tenang bertukar menjadi riuh rendah.  Macam-macam cerita ingin dikongsi tapi hal peribadi tak mungkin dikongsi bersama. Biarlah rahsia.

Anak kakak aku yang sulung dapat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Gambang, Pahang. Aku tumpang gembira. Walau pada mulanya agak kecewa dengan keputusan peperiksaan SPM. Tapi siapa tahu rezeki masing-masing.

Petang tu aku menemaninya membeli barang keperluan untuk di sana. Apalagi mahu dikunjung kalau bukan Pasaraya Econjaya. Kebetulan masa tu ada Happy Hour. Aku terus merebut peluang tersebut sebab harga yang ditawarkan begitu murah. Ok. Masa sudah tamat untuk Happy Hour. Terus mencari barang-barang lain.
Aku sedang berbaris untuk membayar. Mata aku melilau mencari jejaka-jejaka yang tampan dan ‘hensem’. Sungguh gatal perempuan ni. Hehehe. Sekali terpandang seorang kelibat yang aku kenal. Tak mungkin aku tak kenal sebab kami pernah menjadi ‘ team’ untuk forum sekolah. Hampir nak jadi skandal. Tapi dia ada awek. Awek dia yang terlalu cemburu. Malah aku kenal awek itu. Sekarang masih dengan awek dia yang dulu. Awek dia pergi mengambil troli. Kami berpandangan dan hanya tersenyum dari jauh.

Kak!kak!.oh sorry. ‘turn’ aku sudah sampai. Aku angkat barang-barang ke atas kaunter. Setelah selesai aku masih mencari dia tapi tak jumpa. Ah pedulikan dia. Dia sudah berpunya.

Thursday, May 19, 2011

sehari RM 1 juta?

Aku dengar cerita sebenarnya bukan dengar tapi terbaca artikel yang cerita Kongsi arahan David Teo dapat RM 7 juta dalam masa 7 hari. Maknanya sehari RM 1 juta. Aku adalah salah seorang penonton di panggung. Hari pertama pelancaran cerita tu, aku sudah bergegas ke Jusco Bukit Raja,Klang  untuk menontonnya.

Pukul 1.15 tengah hari, aku bersama rakan, John bukan nama sebenar,tapi seorang perempuan yang pandai masak sampai di Jusco. Dihantar oleh Mr.Salam. terima kasih daun keladi. Tanpa melengahkan masa terus menghayun kaki ke tangga bergerak ( escalator). Wah ada ‘sales tapi duit tak berapa banyak nak membeli-belah. Tidak hirau dengan ‘sales’ tersebut.

Panjangnya barisan. Tak da barisan yang pendek ke?
A: cah,mu tunggu sini aku nak tengok ada cite gapo??
B : ok.( sambil masuk barisan)
Setelah sekian lama menilik cerita yang menarik, si John datang.
A : cah, cerita Kongsi ada la.
B : ada??semalam check dalam internet tak dok. Pukul berapo?
A: pukul 2.45 p.m. ( terus masuk barisan bersama aku)
B: pelik la. Bakpo dalam internet tak dok?
A :tu la pasal.

Sampai di kaunter.

A: kak nak tiket Kongsi 2. Pukul 2.45. berapa?boleh guna student card?
Kak:  rm 22. Tak leh guna student card sebab cerita baru keluar.
A: oo.ingat dapat guna student card.

Aku masih tak puas hati. Sebab RM 11 terlalu mahal untuk menonton cerita Melayu. Pada mulanya nak tengok Fast and Furios 5. Tengok cerita luar negara memang berbaloi. Bagi aku cerita dari luar tak pernah mengecewakan. Tapi apakan daya. Aku orang Malaysia mesti menyokong industri tanah air. Kalau aku tak sokong, siapa nak sokong?

Bila da masuk panggung,boleh pulak tempat aku ada orang duduk sebab nombor sama. Ok tak pe. Aku mengalah duduk di tempat lain. Tiba-tiba datang tuan empunya ‘seat’ tersebut. Mengalah lagi. Aku berpindah ke sebelah lagi. si perampas tempat aku tak nak bergerak. Dah la kau tu lelaki. Geram je.
Tanpa diduga, datang sekumpulan ‘geng’ datang memenuhi sebelah aku. Seorang member dorang tak da ‘seat’. Alamak. Aku nak duduk kat mana. Bincang dan ‘deal’ dengan si mamat dan keluar ke kaunter tiket semula. Cerita dah ‘start’.

Rupa-rupanya salah ‘print’ tiket. Patut si lelaki tersebut no 18. Bukan 13. Baru nak mintak balik duit kalau tak da tempat. Hehehe. Dapat duduk dengan tenang. Menonton dengan gelak ketawa beramai-ramai. Kerana lakonan Sam kelakar dengan lorat Kelate yang tak best. Sebab orang luar cakap kelate.

Aku bagi 3 stars la cerita ni. Jalan cerita yang biasa sahaja. Tapi berjaya dengan terselit lawak yang boleh buat orang gelak. Jadi tak da la bosan sangat. ‘ending’  tak berapa best. Dengr cerita ada Kongsi 2. Sebab tu ‘ending’ macam tergantung. 

Tuesday, May 17, 2011

sudah sekian lama tapi baru nak post

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Masih sempat nak sarapan ni. Aku memilih untuk makan nasi goreng dan sedikit daging goreng. Sambil makan, sambil mata menatap jam. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku risau. Takut.

Usai makan, terus turun ke tingkat bawah untuk menunggu bas. Kelihatan bas Sani Ekspress  berbaris di belakang sekali tetapi di depan pun ada jugak. Aku lebih selesa memilih bas Sani sebab selesa. Lagipun bas Sani adalah satu-satunya bas guna teknologi Jerman kalau tak silap la. Namun, aku menjadi semakin risau dan hati berdebar-debar.
Aku terus bertanya di kaunter dan terus menarik bagasi ke arah bas. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Debaran jantung semakin kemuncak. Aku menarik nafas lega. Akhirnya, aku dapat juga naik bas untuk pulang ke kampung. Setelah bersalaman, aku terus naik ke tingkat atas. Kaki laju menyusun dengan gaya ayu. Pok. Kaki tersepak satu kotak besar. Semua mata memandang aku. “rano mata dok napok boleh sepak ni”. Bebel aku sendirian.  Kaki aku terasa sakit sedikit.

Aku rasa gembira sangat dapat berada dalam bas. Jam menunjukkan 9.30 pagi. Masih tidak bergerak. Aku tak kisah asal aku berada dalam bas.

Aku masih ingat. Sepatutnya aku balik Jumaat pukul 8.30 pagi. Tapi mana silapnya bas tinggal aku. Tak pernah  jadi begini selama aku menggunakan perkhidmatan bas.  Pukul 8 pagi aku sampai di seksyen 17. Masih awal jadi aku bersarapan dulu, mengisi perut yang kosong. Leka berborak hingga jam 8.30. aku bertanya di kaunter dan mengejar bas yang sedang bergerak tapi gagal.

A : awok nak gi mano?
B: jerteh.
A : bas gi jerteh lepas doh dik.
B : la ye ke? Sayo dok dengar  pun. Saya tunggu depan kat bas banyok2.
A: banyak kali kito wat  ‘announcement’. Tak kan awok dok dengar?
B : dok pun. Saya mano tau bas tu tunggu sini. Kali pertamo naik bas ni.
A: dimaafkan  sebab kali pertama. Bas ni dok g depan tu. Dia meme tunggu sini.
B : Pastu rano ni?? Dh la tak dok duit nak beli tiket lain.

Setelah berfikir dan terus berfikir. ‘deal ‘ dengan pegawai itu. Jujurnya , pegawai  ini memang baik. Seboleh-bolehnya nak tolong aku. Aku tumpang bas menuju  ke Kuala Terengganu  singgah di Hentian Putra. Nasib baik ada saudara mara terdekat.
Badan aku terhoyong-hayang. Rupanya bas bergerak keluar dari hentian dan meluncur laju ke destinasi pilihan.
Alhamdulilah, akhirnya aku sampai di rumah manis. Rindu semuanya. Rindu mak tersayang. Rindu katil besar. Rindu bilik air. Rindu tv tak kecik tak besar. Rindu Astro. Rindu anak saudara yang kadang-kadang rasa nak lempang.


p/s : terima kasih kepada pegawai berkenaan. Terima kasih kepada sepupuku, Norazlida dan NorSuhailiah sanggup ambil dan hantar sepupumu ini J

Monday, May 9, 2011

sekali terawal pulak :)

8 Mei 2011..Hari Ibu..
masa ni la semua sibuk nak cakap,'mak, saya sayang mak'..mak la segalanya..mak ni mak tu..
sebelum ni ada ke cakap..baru la nak tunjuk sayang mak..kalau tak hari ibu takda nak cakap cam tu. padahal kena sayang mak hari-hari.tak semestinya hari ibu je.  apa salahnya cakap I Love Mak selalu seperti cakap I Love sayang,baby,b,dear atau apa-apa saje kat pakwe atau makwe kita.chewah gitu..rasa nak lempang je aisyah ahmad ni..ala tak cakap sayang mak pun.call tanya khabar pun tak pe.macam aku call mak aku seminggu dua kali atau sekali..tapi sekarang call sebelum masuk dewan peperiksaan..ambik berkat dan restu katakan.
semua orang sibuk wish selamat hari ibu, happy mother's day..
aku??
status FB xda lansung wish..sebab aku tak sayang mak ke? aku ni macam si tanggang ke??
tak.bukan cam tu..sebenarnya aku terlebih awal wish..semalam (7/5) aku da wish..hehehe..
confident level 99%, message  kakak2 dan sepupu2 juga sedara mara untuk wish Selamat Hari Ibu..
hahaha..tapi tak pe la..maknanya aku concern..padahal tak tahu date sebenarnya.hehehe

Selamat Hari Ibu kepada Puan Zaharah Mohamad. terima kasih kerana telah melahirkan aku ke dunia. terima kasih atas segala kasih sayang dan didikan yang mak berikan.terima kasih.terima kasih.sayang mok sokmo..
Selamat Hari Ibu juga kepada ibu2 di seluruh dunia..sekian,terima kasih:)

Thursday, May 5, 2011

masih ada dua lagi

lima 'paper' berlalu pergi. aku pasrah. sudah usaha + tawakal, tunggu masa result keluar. terus usaha untuk 2 'paper' lagi. wish me luck.