time is gold

Wednesday, March 30, 2011

kerana ko,ku sanggup

Kerinduan kepada mak tercinta meronta-ronta..aku mencapai handphone Sony Ericsson model W595 lalu terus mendail nombor bonda tersayang..bertanya khabar..berkongsi cerita..sebak mula menguasai diri..

Pin!Pin! kedengaran hon kereta di luar rumah.
.
Destinasi utama ke Setia Alam..kerana terlalu tergoda dengan phamplet  chessy pop..lantas mengajak member makan di Pizza Hut.
Memilih tempat di luar premis..inginkan udara segar di malam hari..

A : nak chicken wing.
Waiter : ada honey bbq je..
A : ala..tak nak la..
B : nak seafood  lasagna..
Waiter : tu pun xda..ada  spagheti je..tu pun yang  creamy carbonara je ada.
B : semua tak da..
C : creamy carbonara pun sedap juga..
B : ye ke?? Nak la try la..

Air pepsi satu jag sampai..

A : kak, air nak refill kena bayar ke??
Waiter : Aah..
A : Berapa ringgit??
Waiter : RM 2.50.
B : Kenapa kena bayar??dulu tak bayar pun..
Waiter : Yang tu kena tanya HQ la ( sambil tersenyum)

Sup sampai dalam keadaan sejuk dan melebihi 13 minit selepas order dibuat...set kutleri tak cukup..butang Call ditekan banyak kali..tu pun lambat dilayan..

Pizza sampai..yummy..yummy..ops pisau pulak tak da..biasanya makan guna tangan..tapi memandangkan sinki jauh ke dalam..nak guna garfu dan pisau la..tadi dah mintak tapi tak sampai-sampai..tekan butang Call pun tak layan..

Kat mana la borang nak komen ni..service teruk giler..aku bermonolog sendirian..
propa je ni..aku tak mungkin nak komen pasal service tu..nak komen tu tak sampai hati..setakat bercerita kat member2 tu ada la..word of mouth..service kan penting..


sibuk tengok menu..


sweet couple gitu..hehehe

pemain ragbi negara..hahaha..

body guard kena selalu ada..hahaha




thanks to alan,dzul,john and husna :)

Saturday, March 26, 2011


Jam menunjukkan pukul 8.30 malam pagi..dorang masih tak kunjung tiba..janji Melayu katanya..pukul 9 lebih baru datang..dengan sedikit sindiran.

A : awalnya korang datang..baru pukul 6..
B : aah betul tu..tak sempat nak buat breakfast korang datang awal sangat...
C : aku dah kejut dorang banyak kali..dorang tak sedar..

Setelah sebulan membuat janji temu untuk membuat ‘assignment’ di Taman Haiwan sebelum dikenali sebagai Zoo Negara..melalui Sungai Buluh..dan tak memerlukan tol..Cuma jalan yang agak tak rata..bukan semua la..tempat tertentu je..

Seiingat aku, kali pertama pergi masa tadika kot datang dengan family.. aku tak ingat apa yang ada dan apa yang tak da..lupa terus..
‘Towards to Class Zoo’..Zoo Negara sekarang semakin ke depan..’follow international procedures’..nak buat zoo tu ‘high standard’ la...macam kat ‘oversea’.. bagus2.Majulah lah Malaysia..yeah..
Zoo ni bukan setakat budak-budak je suka..dewasa yang nak jadi bini @ laki orang pun suka..macam-macam reaksi bila jumpa binatang..

A: comelnya penguin..
B: aku nak tengok zirafah ngan singa..
C: comelnya rimau main2 ngan kawan dia.
D: aku nak potong2 capybara ( macam tikus@ hamster tapi besar gile)
E: pemalasnya ko ni badak.tidur je..
F: busuknya taik ko gajah..dah la banyak..








Masa tengok ‘animal show’, kitaorang ni yang ‘over’ pulak..budak2 tadika ramai masa tu..dari tadika yang berlainan la..masa orang suruh tepuk kitorang je beria tepuk..orang suruh tepuk sekali dorang tepuk banyak kali..tak faham kot bahasa melayu..sebab teacher dorang pun cakap omputih ngan dorang..


duduk depan budak2..sian dorang


bukan kami je yang datang, yang dah besar  pun datang juga.
burung kakak tua gimnastik gitu..
sea lion tu tak nak lompat
terrer nye si dombi ni..
saya yang menurut perintah
Ape Center
nasib baik lebah tipu, kalau tak mati aku..
singgah lah ke Zoo Negara


 p/s: thanks kepada din, zul,zhafir dan leslie kerana terpaksa ikut..hehehe..juga ahli kumpulan :)

Monday, March 21, 2011

ada jodoh, ada lah

Pagi sabtu yang malas..ingat nak goreng nasi untuk sarapan pagi..aish tak tersedar pulak..
Ringtone  Lies About Us by Avant feat Nicole Scherzinger berbunyi..sapa kacau aku tidur ni..

A: Helo..hmmm.
B: Helo..Ya Allah..tak bangun lagi..anak dara tak baik bangun lambat..
A: Dah bangun la..dari tadi lagi..biasalah pagi suara macam bangun tidur ( propa minah ni)
B: Tipu..dah2.cepat bangun mandi..jap lagi kita datang amik.
A: Ok..( gaya malas nak layan)

Selalu kalau keluar memang tak da arah tujuan..so tekan pedal minyak meluncur laju ke Jusco Bukit Raja..hujan renyai-renyai..beli roti di Baker’s Cottage..nak tengok wayang tapi tak da cite menarik..kebetulan kat Jusco tu ada Pameran Kraftangan..banyak gerai dari setiap negeri. Macam-macam ada kain batik, labu sayong, keris, gelang tangan manik-manik,keronsang dan banyak lagi..apa lagi ‘shopping’ la..

A: bila dapat jumpa lagi??
B: ada masa kita jumpa la..
A: kita ‘couple’ semula ye??
B: hehehehe ( gelak manja rasa nak lempang)
A: kamu ni memang la..

Aku lebih selesa dengan ‘title’ teman tapi mesra..tak tahu lah wujud ke tak istilah ini..ada jodoh,ada la..tak kan lari gunung dikejar..hahahahaha..fokus pada pelajaran yang penting..yang lain kite kira lepas abes belajaJ..chewah..haq haq tuih..
p/s: thanksJ

Saturday, March 19, 2011

adoihai..dah seminggu 'peram'  gambar ni...nak buat pekasam katanya..
'great picnic'...12 mac 2011..sebanyak 6 buah kereta bersamaan 26 orang sama dengan 'classmates' telah pergi berkelah ke Hulu Yam..separuh je dapat pergi sebab yang lain ada kerja..ye la..nak buat macam mane benda yang tak boleh dielakkan..lain kali kita 'plan' baik punya..biar satu kelas dapat pergi..mesti 'best' kan??separuh kelas ni pun dah gempak..ayam bakar,sosej,daging beger,kek batik ( aku buat)..chewah 'promote'..haq haq tuih..tak lupa bihun eamy..sedap..

                                             bersama 'body guard'.hehehehe





                                             menunggu mereka yang lambat..


                                          santai sangatlah 'best'..


setelah penat lelah terjun tiruk,berenang,makan dan kipas asap-asap..kami berangkat pulang ke tanah air Puncak Alam..kota keriangan..tapi setelah 'discuss' sesama sendiri..alang-alang menyeluk pekasam penat, baik penat terus..kami telah pergi ke Taman layang-layang..aku pun tak pasti nama tempat ni..yang pasti ramai orang main layang-layang..juga orang jual layang-layang..kebetulan masa tu ada 'event' International Dragonboat Feast' kot..aku tak ingat la..ramai orang petang tu..bawa 'family'beriadah..


ambek ko lompat tak ingat orang belakang..tertumbuk muka chong..sorry tak sengaja





asyik kena potong je..mana aci..


jumaat,18 Mac 2011..
menuju ke UiTM Shah Alam..menghadiri forum..
‘Branding For Hospitality Service in Malaysia’..Does Malaysia have its Own Service Identity?? Tajuk yang bagus.
yang dianjurkan oleh pelajar ‘part 3’..
walaupun malas tapi terpaksa pergi sebab dapat markah dan sijil..
biasalah janji Melayu..pukul 9 lebih baru bermula majlis tu..
dif-dif terhormat sampai..termasuk lah dif jemputan..

A: macam kenal je orang tu..
B: memang lah..anak chef wan..chef riz..
A: patut la macam kenal..
B: adoihai..tak baca ‘tentative program’ ke??
A: hehehehe ( gelak manja)

Chef Riz ( Culinary Brilliance Sdn.Bhd.) dan Mr.Ramesh dari Depertment Human Resource of Grand Dorsett,Subang..Mjlis bermula..
B: macam tak kena dengan tajuk je dorang cakap ni??
C: baru pengenalan..
B:ooo..bosan la..aku tak faham bahasa inggeris..malas la nak dengar..
C: pelawok..tak kan la tak faham langsung..

 "Malaysia is unique, so it has own identity" by Chef Riz..


Habis je forum terus menuju ke Seksyen 2..makan..makan..tempat yang selalu g makan..kedai makan kak ruby..sebab ada ikan keli..tapi  tak makan sebab ‘mood’ spoil sebab ego dengan perasaan..

Di BSN...kemas kini buku bank..dah 4 tahun tak ‘update’..kad BSN pun hilang..
 Terkejut beruk aku kat rumah ( mana aku ada beruk)..terkejut aku..selama 4 tahun tak ‘update’ dia tolak apa benda ntah..RM 785..duit tu hilang begitu sahaja..nak dekat seribu dia tolak..banyak gila..duit tu boleh aku ‘shopping’ tapi hangus begitu sahaja..tak faham kenapa nak tolak sampai beratus-ratus..tolak 2 3 puluh sen dah la..habis duit aku..
Moralnya, sila ‘update’ akaun tak kisah lah ada duit ke tak..yang ada kad kena potong dalam RM 10 kot setahun..sebelum ni RM 7..lagi tak faham kenapa kena potong..padahal duit kita..bukan duit dia..*sigh*


Sunday, March 13, 2011

rindu itu datang

gambar ni dah lame tapi baru nak update..padahal banyak kerja..ni selingan la..continue from entry tengok kelip-kelip..baru ingat masa pergi tu jumpa aliff satar.dia buat program apa ntah..jadi ambik la gambar bersama-sama..biasalah bila bergambar mesti macam-macam gaya..

Friday, March 11, 2011

pagi yang suram

taraaaa...yeah kembali ke ruangan meluahkan apa yang terpendam..chewah gitu..
semalam lepas jawab CTU..satu soklan satu minit..30 soklan 30 minit..
pakat satu kelas menyokong filem melayu..
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA....cite sejarah tu..
tak pernah2 nak ambik 'port' nak tengok cite gitu kat wayang.
aku pun bukan kaki wayang..tapi sebab ramai nak pergi..aku 'follow'..
nak tengok kehebatan KRU buat filem yang abes berjuta-juta ringgit.
cite ni ditayangkan di 72 buah negara..negara mana yang ni aku tak tahu..
tapi yang tak 'best' dapat 'seat' depan sekali..tak da lagi depan ke?
cuba bayangkan macam mane kepala aku masa tu..
'sound' dan 'image' yang jelas..
jalan cerita yang ok... masa dorang berlawan pun ok..nampak 'real'..
tapi ada 'leakage' sedikit..
dah tak nak komen pasal cite tu..
sila pergi tengok sekarang..baru tau cite dia macamne..


hari ni nak nak keluar mencari sesuap nasi..
esok keluar mencari ketenangan..
lusa keluar mencari seekor kumbang..


p/s:cuba menjaga mulut aku sebaik mungkin agar tidak berbau 'busuk'..

Sunday, March 6, 2011

agak emo sedikit

bila kita hutang dengan orang..
lambat je nak bayar..
orang yang dihutang cepat je nak duit..
'call' banyak kali..tak cukup dengan tu 'message' lagi..

tapi bila kita nak 'deal' dengan orang dihutang tu??
orang dihutang tu elak dari jumpa kta..
nak apatah lagi nak 'face to face to discuss'..
geram je rasa kan??
rasa nak lari dai rumah tu..
sebenarnya bukan hutang sangat pun..
bayar sewa rumah je..tapi tu la..
melampau sangat sewa dia..
kita dah la student..bukan mampu nak bayar mahal2.
orang dah kerja pun tak mampu kot nak bayar..
apa2 pun nak buat macam mane..
kita sewa rumah dia..so SABO je la..

tak sabar nak pindah rumah baru:)

p/s: sempat update sementara tunggu asar dan berlepas ke Setia Alam untk bayar sewa.

Wednesday, March 2, 2011

suatu petang yang suram

gembira,sedih,muram,masam dan duka..
rencah hidup..

dalam gembira ada duka.
dalam gembira hati menangis.
tak siapa tahu.
hati yang tabah dapat menyembunyikan perasaan..
hati yang tabah dapat bermain dengan perasaan, walau sakit sebenarnya..
siapa peduli??siapa kisah??
aku??aku yang tanggung..