time is gold

Saturday, April 28, 2012

Sarawak Bumi Kenyalang #Day 1



Hari pertama bermula.Destinasi pertama menuju ke Pasar Serikin.Pasar ini terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan mengambil masa lebih kurang 1-1 jam setengah dari Bandar Kuching. Pasar ini buka pada WEEKEND je.Diingatkan supaya memakai pakaian yang menyerap peluh,bawa spek mata hitam atau payung dan elakkan memakai baju hitam.Lagi satu sila bawa minuman secukupnya.Cuaca di sini sangat la panas.Panas dari lain yang lain.Silalah  datang awal pagi untuk mengelakkan bahang panas waktu tengah hari.

muka semangat di awal pagi :)

ini dia pasar serikin

telekung yang cantik2

pelbagai barang ada.baju,kasut,beg,tikar,makanan,kain pasang,batik,pelikat

kalau nak beli beg atau barang2 yang bermanik2 sila beli di sini.murah sikit.

baju dan blouse tak kurang cantiknya

ha ni dia barang2 yang di borong
walau panas terik bergambar perkara wajib.



Setelah berpuas hati dengan barang yang dibeli dan puas pusing satu pasar ini.masa untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut yang bergema lagu tradisi Sarawak.lalalala



makan di food court Bau.sila jangan makan di sini kerana  harganya yang agak mahal.aku makan ayam pansuh dan burung puyuh juga limau ais rm13.







perut kenyang,senang hati.mari ke destinasi seterusnya,Pasar Minggu Satok.Kat sini ada jual keychain atau souvenir,ikan terubuk,lada hitam,rempah ratus,baju2 tshirt sarawak dan makanan.pasar ni sama macam pasar malam tapi bukak WEEKEND je.agak murah la.tapi kalo tshirt tak pasti.murah tapi tak berkualiti.

keychain murah.hari tu dapat 3 paket ( ada 10 satu paket) RM 25.

macam-macam ada.boleh beli untuk kawan2 dan family :)

jom pergi wisma satok.dah kena panas satu hari jom rasa aircond.

driver penat kena urut dulu

muka penat yang mampu senyum


Taman Sahabat tidak dilupakan.Dah sampai tapi hujan lebat dan kilat sabung menyabung.hasrat dibatalkan dan pulang ke rumah.sebelum tu pekena sotong kangkung di kedai makan Lok Ann ( kalau tak silap).

ini dia sotong kangkung,white lady dan ABC.



Kemudian makan malam di rumah Dzul.thanks again.segan pulak asyik makan rumah orang je.Mak dia masak tempe dan umbut kelapa.dah lama tak makan makanan macam ni.Kemudian mengambil angin di Waterfront dan menikmati night view di Kuching.

Dewan negeri sarawak.unik bangunannya.

river cruise rm60.makan sambil menikmati view sunset selama 1 jam setengah.tak sempat naik sebab petang selalu hujan
 :(

Kuching kucing kucing
End of day one :)

Friday, April 27, 2012

Sarawak Bumi Kenyalang


On the way to LCCT.Thanks bus UiTM :)


dah sampai di LCCT.


isi perut sebelum terbang.


jumpa kawan sekolah.dia keje kat situ.thanks fadhil  belanja makan :)


Welcome to Kuching.at Kuching International Airport.

ni memang nak pindah sini ke apa? :)


di rumah dzul.Makan malam yang best.thanks dzul and family :)

di sini la kami tinggal di sarawak,Thanks pija and family :)


Terima Kasih Daun Keladi

Alhamdulilah selamat pergi ke Sarawak dan selamat sampai di Semenanjung.Seperti dalam mimpi dan tak percaya boleh sampai ke Bumi Kenyalang.Orang Sarawak memang peramah dan baik-baik.Terima Kasih kepada family dzul,pija, dan rod .Terima kasih juga kepada Zhafir dan leslie selaku driver ke sana sini.Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ada masa,duit dan rezeki akan ke sana lagi.InsyaAllah.

Friday, April 13, 2012

surat yang tak diundang

Ke hadapan minggu yang bakal sibuk,

Saya berharap awak akan faham dengan situasi saya.Saya tahu awak menyayangi saya tapi maafkan saya.Saya tak da perasaan terhadap awak. Awak baik bukan tak baik.Saya suka awak. Tapi saya tak mencintai awak kerana fikiran saya melayang jauh menyeberangi Laut China Selatan. Saya tak sabar mahu ke sana.Mahu merehatkan diri di Sarawak.Maafkan saya.

Yang ikhlas,
aisyah ahmad


source from mr google