time is gold

Saturday, May 21, 2011

aku tak nak jadi perampas la

Pagi  yang begitu indah. Aku sedang leka melayari internet. Kedengaran orang memberi salam. Ya. Aku kenal suara itu. Suara yang aku rindu. Yang sekian lama tidak bersua. Lantas aku mejawab salam dan membuka pintu. Ternyata tekaan aku betul. Tangan dihulur dan bersalam-salaman.  Kakak aku yang keempat mempunyai anak 8 orang berkunjung ke rumah. Sudah tentu bingit jadinya. Suasana yang tenang bertukar menjadi riuh rendah.  Macam-macam cerita ingin dikongsi tapi hal peribadi tak mungkin dikongsi bersama. Biarlah rahsia.

Anak kakak aku yang sulung dapat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Gambang, Pahang. Aku tumpang gembira. Walau pada mulanya agak kecewa dengan keputusan peperiksaan SPM. Tapi siapa tahu rezeki masing-masing.

Petang tu aku menemaninya membeli barang keperluan untuk di sana. Apalagi mahu dikunjung kalau bukan Pasaraya Econjaya. Kebetulan masa tu ada Happy Hour. Aku terus merebut peluang tersebut sebab harga yang ditawarkan begitu murah. Ok. Masa sudah tamat untuk Happy Hour. Terus mencari barang-barang lain.
Aku sedang berbaris untuk membayar. Mata aku melilau mencari jejaka-jejaka yang tampan dan ‘hensem’. Sungguh gatal perempuan ni. Hehehe. Sekali terpandang seorang kelibat yang aku kenal. Tak mungkin aku tak kenal sebab kami pernah menjadi ‘ team’ untuk forum sekolah. Hampir nak jadi skandal. Tapi dia ada awek. Awek dia yang terlalu cemburu. Malah aku kenal awek itu. Sekarang masih dengan awek dia yang dulu. Awek dia pergi mengambil troli. Kami berpandangan dan hanya tersenyum dari jauh.

Kak!kak!.oh sorry. ‘turn’ aku sudah sampai. Aku angkat barang-barang ke atas kaunter. Setelah selesai aku masih mencari dia tapi tak jumpa. Ah pedulikan dia. Dia sudah berpunya.

No comments: