time is gold

Thursday, June 30, 2011

Jumpa jugak akhirnya.

Cik wan bila kita nak jupe ni?
Weekend la.
Ala sabtu aku keje. Ahad la kita jupe ye.
Aku on je.tapi aku kena bagitau mak cik aku dulu. Hehehe
Ala ko bagitau je kua ngan aku. mesti dia bagi punya.
Sudah berminggu aku dan dia berjanji tapi hasilnya kosong. Masa tidak begitu mengizinkan kami berjumpa.

‘Akak,kita masuk office lambat tau. Kita nak pergi melawat orang meninggal’ . Butang send terus ditekan.
Kereta laju dipandu oleh pak cikku.
Sesekali aku terhangguk-hangguk. Mata terlalu berat. Walhal masa masih awal untuk menguap.
Suasana dalam kereta sunyi. Sesekali handphone pak cikku bordering. Orang business. Biasalah tu.
Jauhnya rumah dia. Lambat lagi ke nak sampai. Aku mengomel sendirian.

Aku ternampak van jenazah di depan rumah si mati. Baru sampai mungkin. Si mati merupakan pekerja pak cik aku. Arwah memang rapat dengan pak cikku. Aku memang langsung tidak mengenali arwah.

Salam dihulur dan bertukar senyuman. Ada yang membalas ada juga yang muka tawar. Mungkin terlalu sedih. Aku memang tak mengenali sesiapa di situ.

Aku duduk bersimpuh ayu sambil mata melilau memandang sini sana. Mana tau ada orang yang dikenali.

Nodh. Member baik aku masa UiTM Alor Gajah. Satu kelas. Satu group assignment. Satu blok Tun Teja.
Kenapa ko ada di sini? Aku pelik. Aku terus membuat pelbagai andaian.

Aku terus meluru ke arah dia. Bersalam dan berpelukan. Air mata jatuh ke pipinya. Aku sebak tapi tahan.
Aku juga bersalam dan memeluk mak dia.

Macam mana ko boleh ada di sini?
Siapa yang meninggal?

Rupanya pak ciknya yang meninggal. Sungguh tak sangka. Kecil je dunia kan. Berminggu-minggu plan nak dating. Akhirnya jumpa di rumah atau kampung yang selalu dia ceritakan pada masa dulu.

Takziah Nodh. Al-fatihah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.amin

Wednesday, June 29, 2011

wordless Wednesday

asal kau bahagia

Pagi itu, mood aku ceria. Apa yang menceriakan tidak diketahui.
Aku melangkah masuk ke office dengan senang hati.
Assalamualaikum.
Sunyi. Tiada sahutan salam.
Tangan aku terus mencapai suis lampu dan aircond. Juga plug computer.


Salam.          
Echah mu duk mano?

Wassalam. Aku duk tempat keje ni.

Mu keje kat mano?
Abes belajar doh ke?

Aku keje kat Jb ngan pak cik aku.
Dok eh. Aku cuti 4 bulan.
Mu buat gapo?

Aku duk saje je.
Tak da keje.susah la nk cari kerja.

Eh mu tau dok , noor  dah kawen?

Tau la. Tapi dio tak ajak pun. Dio kato tak sempat nak ajak.

Ye ke? Terasa hati aku.dio dok ajak kito.
Aku tau pun mak ana bagitau aku. Sedih aku. L

Biarlah. Mungkin dia terlepas pandang. Dok pun dia busy. Sebab tu xsempat ajak kito.
Eh mu nak kawen jangan lupo ajok aku. Aku nak jadi pengapit mu. Hehehe


Aku mesti ajok mu. Mu kan orang penting. HahahaJ
Ni aku nak ajok mu awal-awal. Aku nak bertunang raya ke 4 ni. Mu mari deh.

Ye ke? Tahniah weh. dengan sapo? Keje gapo?

Rahsia.nanti mu mari kita gossip la. Hahaha :p

Hehehe. Insya allah. Kalau xdok apa-apa aku datang la.



Tahniah kawan. Kau telah menjejak kaki ke jinjang pelamin.
Tahniah juga teman. Kau bakal menjejak ke pelamin.
Aku tumpang gembira teman. Gembira melihat kalian bahagia. 
Aku doakan kalian semoga bahagia ke akhir hayat.


                                                       sumber google

Monday, June 27, 2011

betul kata DR.M

hanya beberapa hari berada di bumi Jerteh. tidak sempat bertemu orang kampung dan tidak sempat bercerita dengan mak aku.

aku telah menyertai Program Bakti Remaja 2011 sesi 4 di Kem Seri Keluang. aku bertuah sebab bukan semua boleh terpilih. hanya untuk berumur 21-40 tahun sahaja dan masih belum berumah tangga.

aktiviti seperti biasa ceramah,LDK,riadah,makan dan tidur. cuma aku suka kem ni tidak terlalu penat. ada je masa untuk berehat. peraturan pun tak ketat sangat.

''saya tak kisah sesiapa memerintah tapi biarlah di landasan betul.
jangan fikir untuk kepentingan diri tapi rakyat kena ambil kira. macam-macam berlaku konflik dalaman. semunya kerana duit. ada duit ada kuasa''.

aku tak sangka aku boleh meluahkan ketidakpuasan hati.biar dorang dengar. biar dorang tahu apa yang rakyat rasa. rata-rata sekarang semua kena ada duit. 

dengan program ini,sedikit sebanyak memberi kesan kepada aku. terutamanya memperjuangkan Melayu.
aku tak mampu bersuara. aku tiada kuasa.siapa yang mahu mendengar aku?aku sekadar memerhati dari jauh. aku mendengar dari jauh. aku hanya bersuara bersendirian.

aku risau dan takut. takut negara kita jatuh kepada orang luar. 

Hati Malaya. sebuah cerita yang menunjukkan perjuangan orang Melayu untuk memerdekakan Tanah Melayu. pada masa dulu, dorang sanggup gadai harta untuk memperjuangkan Tanah Melayu. tapi sekarang? sibuk mengumpul harta untuk kepentingan diri sendiri.betul kata DR.M, Melayu mudah lupa. lupa pada asal usul kita,lupa pada sejarah kita,lupa pada semuanya.

kenapa Melayu sesama Melayu bergaduh, berebut kuasa sedangkan bangsa lain bertepuk tangan melihat kebodohan Melayu.

bangkitlah Melayu. jangan terus menjadi layu.masih tidak nampak orang lain memperbodohkan kita. 

Tuesday, June 21, 2011

aku ada untukmu

malam itu aku rasa mata aku memang berat sekali. aku mencuci muka dan menggosok gigi. doktor pesan malam sebelum tidur kena gosok gigi.ok saya yang mengikut arahan. seperti biasa sebelum aku melelapkan mata, aku akan wish Good night kepada kawan-kawan.
baca doa dan pejam mata.

message alert 4 berbunyi. aku senyum. rakanku membalas dengan kata-kata:

kalau satu hari awak nak menangis,bagitau saya. saya tak janji nak buat awak senyum tapi saya boleh menangis bersama awak.


kalau satu hari awak ada masalah, bagitau saya. saya tak janji  nak bagi awak penyelesaiannya tapi awak boleh berkongsi dengan saya.


kalau satu hari awak mahu berjalan pergi, bagitau saya. saya tak janji untuk halang awak pergi  tapi saya boleh berjalan bersama awak.


kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, bagitau saya. saya  janji akan ada untuk awak.

tetapi kalau satu hari awak  perlukan saya dan saya tiada, mungkin kerana  saya lebih memerlukan awak.

ye teman,sahabat,rakan taulan dan kawan,aku akan sentiasa ada untuk kalian. tak mungkin aku lupa akan  kalian kerana kita bukan kawan tapi keluarga. sekali kita berkawan,selamanya kita akan berkawan. insya allah.terima kasih kalian kerana sudi  menjadi kawan aku.


Monday, June 20, 2011

bil air tertunggak

bil air banyak tertunggak. mencecah hingga beratus-ratus.sudah sebulan tidak mandi. rasa seperti hamis macam kambing. apa lagi.setelah berfikir dan membuat keputusan akhirnya adengan  membalas dendam setelah sebulan tidak bermain air diteruskan.

welcome to Bukit Gambang Water Park


bersama si kecik yang garang :)




splash..splash..

lets start our journey




the journey is beginning

kanak-kanak riang ribena

kasi jantung luruh
p/s : cerita di atas semua tipu belaka.
        thanks to uncle and cik die also my cousins :)

Friday, June 17, 2011

stop stressing,start living

tekanan. bahasa inggeris disebut stress.

tekanan boleh berlaku di mana sahaja dan dengan siapa atau dengan apa sahaja.
tekanan bagi aku semasa di :
1) rumah
2)  office @ tempat kerja
3) UiTM di Hatiku
4) tempat ramai orang

tekanan yang aku dapat memang sakit hati. tapi berdiam diri dan mengomel dalam hati cari terbaik untuk aku  atau meluahkan di blog.

tekanan tidak perlu ditunjuk kepada sesiapa. cukuplah sekadar diri kita sahaja. sekian terima kasih.


Thursday, June 16, 2011

terjumpa

kerana kebosanan,aku mengodek-godek pendrive.jarang guna.
masa belajar semua benda penting ada dalam pendrive. aku terus klik folder beriadah. aku jumpa gambar-gambar ini.
kasi muscle skit


yeah..rampingkan pinggang.

kuatkan kaki supaya boleh berlari laju

sempat posing bersama sepupu yang sengal
last but not least

Wednesday, June 15, 2011

dah tau dah

Dengan tebal muka aku bertanya pekerja. setelah tidak berpuas hati dengan carian aku di google iaitu jif

"jif tu apa?''.
''jif tu cecair untuk mencuci la.
aku terpinga-pinga. ''la ye ke?bukan berus ke?''
''tak la.nampak sangat tak pernah cuci rumah.''
''eh kat rumah guna ajax fabuloso la.''

mungkin salah faham telah  berlaku.sama ada aku tak dengar mak cik itu bertanya atau memang aku tak ambik port semasa mak cik itu berbual dengan aku.

jadi jawapannya telah kutemui dari awal. ceh.aku ingat apa.rupanya pencuci.JIF adalah brand pencuci tersebut.


JIFF VS MP

sudah dua hari berseorangan. bosan mula terasa. tiada siapa sudi berbual. pandang kanan kosong. pandang kiri kosong. tapi ada kotak hitam bercakap-cakap. kadang-kadang terdengar juga alunan muzik pelbagai genre. aku sekadar melayan untuk menghilangkan kebosanan.

tok..tok. Assalamualaikum.
eh pintu terkunci pulak.

aku menjawab salam. sorry mak cik. tak da orang. takut duk sorang. sebab tu kunci pintu. hehehe

aku terus menghulurkan sepucuk sampul surat. bukan surat cinta atau surat saman. tapi sampul surat yang bernilai buat mak cik tersebut.gaji.

''boleh tak nak order barang?''. mak cik itu bertanya.
''nak order apa mak cik?".
''jif. dah lama tak da.susah la nak buat kerja. tak da menda tu''.
aku,"apa mak cik?jif?apa tu?. sambil tersengih-sengih.
''ala macam berus nak cuci cermin".
ooo.aku buat-buat tau. tak pe.nanti saya bagitau bos ye.
aku terus mencatat di whiteboard. tapi apa aku nak tulis. tak tahu ejaan.
'macam mane nak eja?,aku tanya lagi.
JIF.

aku terus google jif.
tapi hasilnya,ini


aku masih tidakberpuas hati. tak kan nak cuci guna ini barang. tak masuk akal. budak tadika pun tahu ini adalah makanan.aku meneruskan misi mencari apa jif.

kalau ikut logik. ini ada kemungkinan. tapi masih tidak memuaskan hati aku. sebab mak cik tu cakap berus. tidak mungkin benda ni.
aku teruskan lagi.tapi gagal.misi terhenti. tidak mengapa.aku akan tunggu sehingga barang tersebut dibeli.

kadang-kadang aku terasa malu dengan pekerja-pekrja MOKLIN. terus teringat satu insiden.
suatu hari supervisor menelefon office. aku menjawab penuh tertib. hello MOKLIN.
saya dari bla.bla.bla.nak order barang. aku mencatat di note stick.kemudian menyalin di whiteboard.

sehari selepas itu, ada supervisor menegur di whiteboard. aku tulis floor cleaner.
MP la senang. kita panggil MP.
ye ke?aku masih terfikir. MP tu apa?

kemudian aku megambil fail SUPPLIER. MP bermaksud multi purpose. maknanya pelbagai guna.
aku baca senarai barang. banyak benda yang aku tak tahu. tapi aku mesti ambil tahu. kalau ada yang bertanya,barang ni ada tak. mana nak cekau. aku mesti ambik tahu.

Monday, June 13, 2011

kita 1 Malaysia

demam bola,walau hanya FA. bola negara kena sokong. 
aku sebenarnya tidak berminat dengan sukan bola. apatah lagi untuk menyaksikannya. tambah lagi aku memang tidak mengenali lansung para pemain. 

Terengganu. tempat aku tinggal. tempat aku membesar. tempat aku mendapat pendidikan awal dari kecik comel lote hingga besar tak berapa ayu.

kelate. loghat aku bercakap. tempat aku dilahirkan kerana aku keluar ikut 'tingkap'. hanya di Kelantan pada masa itu tempat sepatutnya aku dilahirkan.ramai kawan aku dari sana.

sebenarnya, bukan lah Terengganu betul tapi aku tinggal di tengah- tengah antara Terenganu dan Kelantan. cara percakapan lebih kepada loghat kelate.

memandangkan Terengganu VS Kelantan @ Peteh VS Gomo. aku serba salah. aku tak tau nak sokong mana satu. kalau aku cuba memperkatakan kejuaraan Terengganu, memang dihentam oleh kawan-kawan Kelate. 
kalau aku sokong Kelate, aku takut lupa asal usul aku.

 tapi aku bangga walau aku dicop anak kelate ( sebab ic 03) aku tetap anak Terengganu. sebab sudah lama bermastautin di ganu.

walau apa pun berlaku, tidak kira Ganu @ Kelate. kita 1Malaysia. 1 bahasa.semoga kita terus berjuang mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

p/s: tahniah jugak kepada Terengganu menjuarai Sukan Malaysia ( SUKMA).

Sunday, June 12, 2011

bila hati bersedih

semalam pukul 9 malam sampai di rumah. setelah bercuti selama 4 hari. hilang segala kecelaruan. jiwa menjadi tenang.

malam masih awal,nak tidur terlalu awal. nak tengok bola tapi malas.lantas selepas mandi dan solat, aku terus online.
seperti biasa  aku akan tengok siapa-siapa yang online. aku lihat akak aku 0nline. tak sempat nak bagi salam dia terus menyapa aku. bercerita.
satu cerita yang tidak sedap didengar. sakit hati dengar cerita itu.

line lembab. air mata mengalir laju. terus shut down laptop. air mata berlumba-lumba jatuh ke atas bantal.
hidung sok sek sok sek. berair. terus tido. berdoa dan istifar.

Sunday, June 5, 2011

berfikir sejenak

azan maghrib berkumandang. sepatutnya makhluk Tuhan menghayati alunan azan tersebut. maksudnya semua diam dan menjawab seruan azan.

tapi ketika azan berkumandang masih lagi di luar rumah.bercakap. menjerit. memekik-mekik memanggil anak masuk ke dalam rumah.mendengar lagu. tingkap masih terbuka.

pabila kedengaran azan Subuh pula. makhluk Tuhan makin menarik selimut kerana kesejukan. tidak bergerak. tidak berganjak. bangun sekadar membuang air.tersedar alarm berbunyi. turn off. tidur semula.

SOLAT TIANG AGAMA. tapi kenapa susah untuk melakukannya?

semua orang mengalaminya. tidak kira waktu. begitu susah untuk melakukan. terasa payah dan berat.
sedangkan solat itu senang.

ISLAMkah kita? Islam pada IC?atau keturunan?nama? jika benar kita ISLAM, kita kan melakukan solat setiap waktu. baru benar ISLAM.


I  = Isyak
S = Subuh
L = Lohor ( biasa org kampung paggil lohor ( zohor)
A = Asar
M = Maghrib

jika tidak solat Isyak, kita jadi SLAM.
jika kita tidak solat Subuh, kita jadi ILAM.
jika kita tidak solat Zohor , kita jadi ISAM.
jika kita tidak solat Asar , kita jadi ISLM.
ika kita tidak solat Maghrib, kita jadi ISLA.

mana ISLAMnya? fikir-fikirkanlah.
sekadar renungan.



p/s: berdoa untuk mendapat petunjuk nur dan hidayahNYA.

Friday, June 3, 2011

ayah tak sayang,kekasih sibuk sayang-menyayangi

Mataku berpinar-pinar. Ralit mengira expenses company. Semuanya keluar nombor-nombor. Aku begitu alah pada nombor. Tapi kerana kerja aku kena melawan alahan tersebut.

Assalamualaikum. Pintu office terbuka.
Waalaikummusalam. Aku menjawab salam.

Seorang pak cik yang agak berumur masuk. Dia terus ke meja Kak Nurul. Rakan sekerjaku. Mungkin pekerja Moklin agaknya.

Aku terdengar perbualan mereka.

“Pak cik nak berhenti kerja”. Tapi bulan depan la. Bukan bulan ni”. Sambil mengeluarkan surat dari poket.
“kenapa pak cik?,tanya  Kak Nurul.
“Pak cik dah tak larat,sambil batuk-batuk.

Ya. Aku akui pak cik tu memang kelihatan sepert tak larat. Dengan umurnya sekarang,aku tak pasti berapa ,sepatutnya berehat di rumah dan melayan telatah cucu. Pendapat aku.

Kekadang aku sedih lihat warga emas bertungkus lumus bekerja untuk anak dan isteri. Terdetik dihatiku, dia tak da anak ke? Anak dia tak peduli ke? Atau anak dia masih bersekolah?Atau ayah yang dibuang anak?   Pelbagai andaian aku.

Tidak sayangkah kau kepada ayahmu? Dari kau kecil dia membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk kau sekeluarga. sekarang kau dewasa. Kau sudah bekerja. Mungkin sudah berkahwin. Dia masih bekerja. Tiada perasaankah kau? Anak apakah kau?

Aku bercakap sendirian. Sesekali aku dijeling oleh Kak Nurul. Gila! mungkin itu yang dia fikir.

Teringat aku sewaktu aku nak bank in gaji pekerja. Aku menunggu nombor giliran aku tiba. Seperti biasa aku akan memerhati sekeliling dalam bank tu. Aku terpandang seorang guard yang berumur dengan muka sugul dan tidak larat berdiri hanya duduk sambil pegang senapang.

Aduhai sayu hati aku. Kalau lah apa-apa terjadi sasaran utama mestilah guard tersebut. Sebab dia menjaga bank itu. Sudah tentu dia nak melindungi orang-orang di dalam bank.

Bayangkan perompak yang  tidak berperikemanusiaan menembak atau memukul atau menendang si guard tu. Seriously aku tak dapat membayangkan.

Bayangan wajah arwah ayahku terus bermain-main di fikiran. Sesungguhnya aku merinduimu.
Al-fatihah.


Wednesday, June 1, 2011

random GIVEAWAY dr FAD ALI

 join giveway ini kerana hadiah yang ditawarkan  agak menarik. juga untuk melebarkan sayap mengenali bloggers.



1stHADIAH MISTERI DARI FAD ALI
2stSEKOTAK CHOCOLATE DARI FERERRO ROCHE
10 yang terpilih : SELENDANG UTK GADIS BLOGER.UTK BLOGER LAKI ADA HADIAH SAMPINGAN





first time join ga. tidak terlalu berharap sekadar mencuba nasib. 
kalau ingin mencuba nasib silalah ke random GIVEAWAY dr FAD ALI. jangan malu jangan segan. 



aku setia

puas. background baru. setelah sekian lama baru bertukar.
bukti aku memang seorang setia. setia pada yang satu.

p/s:jika berasa marah,berwudhu la. istifar. tak pun cari orang yang sesuai dan luahkan. bukan lepaskan kemarahan.