time is gold

Sunday, June 5, 2011

berfikir sejenak

azan maghrib berkumandang. sepatutnya makhluk Tuhan menghayati alunan azan tersebut. maksudnya semua diam dan menjawab seruan azan.

tapi ketika azan berkumandang masih lagi di luar rumah.bercakap. menjerit. memekik-mekik memanggil anak masuk ke dalam rumah.mendengar lagu. tingkap masih terbuka.

pabila kedengaran azan Subuh pula. makhluk Tuhan makin menarik selimut kerana kesejukan. tidak bergerak. tidak berganjak. bangun sekadar membuang air.tersedar alarm berbunyi. turn off. tidur semula.

SOLAT TIANG AGAMA. tapi kenapa susah untuk melakukannya?

semua orang mengalaminya. tidak kira waktu. begitu susah untuk melakukan. terasa payah dan berat.
sedangkan solat itu senang.

ISLAMkah kita? Islam pada IC?atau keturunan?nama? jika benar kita ISLAM, kita kan melakukan solat setiap waktu. baru benar ISLAM.


I  = Isyak
S = Subuh
L = Lohor ( biasa org kampung paggil lohor ( zohor)
A = Asar
M = Maghrib

jika tidak solat Isyak, kita jadi SLAM.
jika kita tidak solat Subuh, kita jadi ILAM.
jika kita tidak solat Zohor , kita jadi ISAM.
jika kita tidak solat Asar , kita jadi ISLM.
ika kita tidak solat Maghrib, kita jadi ISLA.

mana ISLAMnya? fikir-fikirkanlah.
sekadar renungan.



p/s: berdoa untuk mendapat petunjuk nur dan hidayahNYA.

No comments: