time is gold

Friday, June 3, 2011

ayah tak sayang,kekasih sibuk sayang-menyayangi

Mataku berpinar-pinar. Ralit mengira expenses company. Semuanya keluar nombor-nombor. Aku begitu alah pada nombor. Tapi kerana kerja aku kena melawan alahan tersebut.

Assalamualaikum. Pintu office terbuka.
Waalaikummusalam. Aku menjawab salam.

Seorang pak cik yang agak berumur masuk. Dia terus ke meja Kak Nurul. Rakan sekerjaku. Mungkin pekerja Moklin agaknya.

Aku terdengar perbualan mereka.

“Pak cik nak berhenti kerja”. Tapi bulan depan la. Bukan bulan ni”. Sambil mengeluarkan surat dari poket.
“kenapa pak cik?,tanya  Kak Nurul.
“Pak cik dah tak larat,sambil batuk-batuk.

Ya. Aku akui pak cik tu memang kelihatan sepert tak larat. Dengan umurnya sekarang,aku tak pasti berapa ,sepatutnya berehat di rumah dan melayan telatah cucu. Pendapat aku.

Kekadang aku sedih lihat warga emas bertungkus lumus bekerja untuk anak dan isteri. Terdetik dihatiku, dia tak da anak ke? Anak dia tak peduli ke? Atau anak dia masih bersekolah?Atau ayah yang dibuang anak?   Pelbagai andaian aku.

Tidak sayangkah kau kepada ayahmu? Dari kau kecil dia membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk kau sekeluarga. sekarang kau dewasa. Kau sudah bekerja. Mungkin sudah berkahwin. Dia masih bekerja. Tiada perasaankah kau? Anak apakah kau?

Aku bercakap sendirian. Sesekali aku dijeling oleh Kak Nurul. Gila! mungkin itu yang dia fikir.

Teringat aku sewaktu aku nak bank in gaji pekerja. Aku menunggu nombor giliran aku tiba. Seperti biasa aku akan memerhati sekeliling dalam bank tu. Aku terpandang seorang guard yang berumur dengan muka sugul dan tidak larat berdiri hanya duduk sambil pegang senapang.

Aduhai sayu hati aku. Kalau lah apa-apa terjadi sasaran utama mestilah guard tersebut. Sebab dia menjaga bank itu. Sudah tentu dia nak melindungi orang-orang di dalam bank.

Bayangkan perompak yang  tidak berperikemanusiaan menembak atau memukul atau menendang si guard tu. Seriously aku tak dapat membayangkan.

Bayangan wajah arwah ayahku terus bermain-main di fikiran. Sesungguhnya aku merinduimu.
Al-fatihah.


No comments: