time is gold

Monday, June 27, 2011

betul kata DR.M

hanya beberapa hari berada di bumi Jerteh. tidak sempat bertemu orang kampung dan tidak sempat bercerita dengan mak aku.

aku telah menyertai Program Bakti Remaja 2011 sesi 4 di Kem Seri Keluang. aku bertuah sebab bukan semua boleh terpilih. hanya untuk berumur 21-40 tahun sahaja dan masih belum berumah tangga.

aktiviti seperti biasa ceramah,LDK,riadah,makan dan tidur. cuma aku suka kem ni tidak terlalu penat. ada je masa untuk berehat. peraturan pun tak ketat sangat.

''saya tak kisah sesiapa memerintah tapi biarlah di landasan betul.
jangan fikir untuk kepentingan diri tapi rakyat kena ambil kira. macam-macam berlaku konflik dalaman. semunya kerana duit. ada duit ada kuasa''.

aku tak sangka aku boleh meluahkan ketidakpuasan hati.biar dorang dengar. biar dorang tahu apa yang rakyat rasa. rata-rata sekarang semua kena ada duit. 

dengan program ini,sedikit sebanyak memberi kesan kepada aku. terutamanya memperjuangkan Melayu.
aku tak mampu bersuara. aku tiada kuasa.siapa yang mahu mendengar aku?aku sekadar memerhati dari jauh. aku mendengar dari jauh. aku hanya bersuara bersendirian.

aku risau dan takut. takut negara kita jatuh kepada orang luar. 

Hati Malaya. sebuah cerita yang menunjukkan perjuangan orang Melayu untuk memerdekakan Tanah Melayu. pada masa dulu, dorang sanggup gadai harta untuk memperjuangkan Tanah Melayu. tapi sekarang? sibuk mengumpul harta untuk kepentingan diri sendiri.betul kata DR.M, Melayu mudah lupa. lupa pada asal usul kita,lupa pada sejarah kita,lupa pada semuanya.

kenapa Melayu sesama Melayu bergaduh, berebut kuasa sedangkan bangsa lain bertepuk tangan melihat kebodohan Melayu.

bangkitlah Melayu. jangan terus menjadi layu.masih tidak nampak orang lain memperbodohkan kita. 

No comments: