time is gold

Tuesday, June 21, 2011

aku ada untukmu

malam itu aku rasa mata aku memang berat sekali. aku mencuci muka dan menggosok gigi. doktor pesan malam sebelum tidur kena gosok gigi.ok saya yang mengikut arahan. seperti biasa sebelum aku melelapkan mata, aku akan wish Good night kepada kawan-kawan.
baca doa dan pejam mata.

message alert 4 berbunyi. aku senyum. rakanku membalas dengan kata-kata:

kalau satu hari awak nak menangis,bagitau saya. saya tak janji nak buat awak senyum tapi saya boleh menangis bersama awak.


kalau satu hari awak ada masalah, bagitau saya. saya tak janji  nak bagi awak penyelesaiannya tapi awak boleh berkongsi dengan saya.


kalau satu hari awak mahu berjalan pergi, bagitau saya. saya tak janji untuk halang awak pergi  tapi saya boleh berjalan bersama awak.


kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, bagitau saya. saya  janji akan ada untuk awak.

tetapi kalau satu hari awak  perlukan saya dan saya tiada, mungkin kerana  saya lebih memerlukan awak.

ye teman,sahabat,rakan taulan dan kawan,aku akan sentiasa ada untuk kalian. tak mungkin aku lupa akan  kalian kerana kita bukan kawan tapi keluarga. sekali kita berkawan,selamanya kita akan berkawan. insya allah.terima kasih kalian kerana sudi  menjadi kawan aku.