time is gold

Wednesday, June 15, 2011

JIFF VS MP

sudah dua hari berseorangan. bosan mula terasa. tiada siapa sudi berbual. pandang kanan kosong. pandang kiri kosong. tapi ada kotak hitam bercakap-cakap. kadang-kadang terdengar juga alunan muzik pelbagai genre. aku sekadar melayan untuk menghilangkan kebosanan.

tok..tok. Assalamualaikum.
eh pintu terkunci pulak.

aku menjawab salam. sorry mak cik. tak da orang. takut duk sorang. sebab tu kunci pintu. hehehe

aku terus menghulurkan sepucuk sampul surat. bukan surat cinta atau surat saman. tapi sampul surat yang bernilai buat mak cik tersebut.gaji.

''boleh tak nak order barang?''. mak cik itu bertanya.
''nak order apa mak cik?".
''jif. dah lama tak da.susah la nak buat kerja. tak da menda tu''.
aku,"apa mak cik?jif?apa tu?. sambil tersengih-sengih.
''ala macam berus nak cuci cermin".
ooo.aku buat-buat tau. tak pe.nanti saya bagitau bos ye.
aku terus mencatat di whiteboard. tapi apa aku nak tulis. tak tahu ejaan.
'macam mane nak eja?,aku tanya lagi.
JIF.

aku terus google jif.
tapi hasilnya,ini


aku masih tidakberpuas hati. tak kan nak cuci guna ini barang. tak masuk akal. budak tadika pun tahu ini adalah makanan.aku meneruskan misi mencari apa jif.

kalau ikut logik. ini ada kemungkinan. tapi masih tidak memuaskan hati aku. sebab mak cik tu cakap berus. tidak mungkin benda ni.
aku teruskan lagi.tapi gagal.misi terhenti. tidak mengapa.aku akan tunggu sehingga barang tersebut dibeli.

kadang-kadang aku terasa malu dengan pekerja-pekrja MOKLIN. terus teringat satu insiden.
suatu hari supervisor menelefon office. aku menjawab penuh tertib. hello MOKLIN.
saya dari bla.bla.bla.nak order barang. aku mencatat di note stick.kemudian menyalin di whiteboard.

sehari selepas itu, ada supervisor menegur di whiteboard. aku tulis floor cleaner.
MP la senang. kita panggil MP.
ye ke?aku masih terfikir. MP tu apa?

kemudian aku megambil fail SUPPLIER. MP bermaksud multi purpose. maknanya pelbagai guna.
aku baca senarai barang. banyak benda yang aku tak tahu. tapi aku mesti ambil tahu. kalau ada yang bertanya,barang ni ada tak. mana nak cekau. aku mesti ambik tahu.

No comments: