time is gold

Thursday, June 30, 2011

Jumpa jugak akhirnya.

Cik wan bila kita nak jupe ni?
Weekend la.
Ala sabtu aku keje. Ahad la kita jupe ye.
Aku on je.tapi aku kena bagitau mak cik aku dulu. Hehehe
Ala ko bagitau je kua ngan aku. mesti dia bagi punya.
Sudah berminggu aku dan dia berjanji tapi hasilnya kosong. Masa tidak begitu mengizinkan kami berjumpa.

‘Akak,kita masuk office lambat tau. Kita nak pergi melawat orang meninggal’ . Butang send terus ditekan.
Kereta laju dipandu oleh pak cikku.
Sesekali aku terhangguk-hangguk. Mata terlalu berat. Walhal masa masih awal untuk menguap.
Suasana dalam kereta sunyi. Sesekali handphone pak cikku bordering. Orang business. Biasalah tu.
Jauhnya rumah dia. Lambat lagi ke nak sampai. Aku mengomel sendirian.

Aku ternampak van jenazah di depan rumah si mati. Baru sampai mungkin. Si mati merupakan pekerja pak cik aku. Arwah memang rapat dengan pak cikku. Aku memang langsung tidak mengenali arwah.

Salam dihulur dan bertukar senyuman. Ada yang membalas ada juga yang muka tawar. Mungkin terlalu sedih. Aku memang tak mengenali sesiapa di situ.

Aku duduk bersimpuh ayu sambil mata melilau memandang sini sana. Mana tau ada orang yang dikenali.

Nodh. Member baik aku masa UiTM Alor Gajah. Satu kelas. Satu group assignment. Satu blok Tun Teja.
Kenapa ko ada di sini? Aku pelik. Aku terus membuat pelbagai andaian.

Aku terus meluru ke arah dia. Bersalam dan berpelukan. Air mata jatuh ke pipinya. Aku sebak tapi tahan.
Aku juga bersalam dan memeluk mak dia.

Macam mana ko boleh ada di sini?
Siapa yang meninggal?

Rupanya pak ciknya yang meninggal. Sungguh tak sangka. Kecil je dunia kan. Berminggu-minggu plan nak dating. Akhirnya jumpa di rumah atau kampung yang selalu dia ceritakan pada masa dulu.

Takziah Nodh. Al-fatihah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.amin

5 comments:

Bashtiah said...

Kebetulannya...! lama xjumpa nodh..

aisyah ahmad said...

tu la..tak sangka pulak..bila kita jupe ramai2.hehehe

Bashtiah said...

Bila ada antara kita yang nak kahwin, time tu lah kita jumpa ramai2. :D

aisyah ahmad said...

aish..tu lambat lagi la..nanti jgn lupa jemput tau..hehehe:)

Jasman said...

Al-fatihah untuk arwah..semoga di tempatkan dgn org yg beriman.amin...