time is gold

Friday, February 24, 2012

kahwin bukan semudah hafal ABC

Setelah seminggu senyap di dunia blog.Biasalah sebab utama bil broadband kena potong sebab tak bayar.Dulu boleh jugak curi-curi guna wifi jiran sebelah tapi bila insan yang tidak berotak telah mencuri kabel telefon  untuk kali kedua.Semuanya angan-angan kerana Telekom tidak mempunyai peruntukkan lagi untuk memasangnya kembali.Sepatutnya pihak berkenaan perlu memperketatkan lagi sistem supaya tidak berlaku kecurian lagi.

Sabtu lepas aku sudah berjaya memiliki sijil perkahwinan.Alhamdulilah.Kursus itu berlangsung selama dua hari bernilai RM 50 sahaja. Sijil itu sah sehingga berumur 45 tahun.Selepas umur 45 tahun tak perlu la sijil tu.

Sebenarnya skop  kursus pra perkahwinan besar bukan sekadar membincangkan hubungan suami isteri dan rumah tangga. Kursus ini umpama modul yang dibahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama (Asas pembinaan insan) akidah,ibadah,akhlak,dan perkahwinan prosedur.Part ni biasa2 je.Masa form 5 pun belajar.Akidah tu kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan.Ibadah pula terbahagi kepada dua,khusus dan umum.Khusus melibatkan hubungan dengan Allah dan umum sesama manusia.Akhlak ialah sifat terpuji yang harus kita miliki.Prosedur perkahwinan melibatkan persediaan sebelum pernikahan,pemilihan calon,hukum,rukun,wali dan tanggunjawab suami isteri.

Bahagian kedua,(Pengurusan keluarga) hubungan dalam keluarga,pengurusan kewangan dan masa,pengurusan kesihatan,dan komunikasi suami isteri.Yang kesihatan tu penting,selagi tak da pengesahan dari pihak hospital,pernikahan itu tidak akan dilangsungkan.Begitu juga kalau calon itu menghidap HIV,pernikahan itu tidak akan diteruskan.So untuk memastikan calon itu tidak ada HIV before engage tu buat medical check up.If calon tu refuse,means he/she has HIV.

Last part ( pengurusan dalaman),pengurusan stress dan konflik,dan pembubaran perkahwinan. Stress dan konflik boleh rujuk kaunseling.Pembubaran ni maknanya macam cerai la tapi disebabkan talak,khuluk,fasakh dan li'an.Taklik ialah cerai yang senang jatuh. Contoh, jika kamu keluar dari rumah,maka jatuhlah talak. So isteri tidak boleh keluar rumah selamanya,jika si isteri keluar juga,maka jatuhla talak serta merta. Ingat kuasa suami memang hebat.Si suami pula jangan la menggunakan perkataan talak tu seperti satu gurauan. Nampak macam gurauan tetapi jika tidak laksanakan berdosa la jawabnya.


sumber cik google :)


Bak kata seorang penceramah,"kahwin bukan semudah hafal ABC''.

3 comments:

Bashtiah said...

Ecah, memang lama tak dengar berita kawan-kawan... Untungla dah pergi kursus kahwin.. Hahah..
All the best! :D

Aisyah Ahmad said...

bash:hehehe.tu la.masing2 sibuk.sebab bosan saje je join kursus tu.hehehe.good luck too :)

Miss Nieyna said...

yup . .sangat setuju ngan statement anda :)