time is gold

Monday, February 13, 2012

bila saya besar,saya nak jadi pencuri

Sebelum Maghrib tadi lepas aku menggoreng popia buatan sendiri,aku terdengar abangku bising-bising.Berbual dengan mak aku agaknya. Setelah siap semua,aku pun meluru ke arah mereka di ruang tamu. biasalah penyiasat mahu menjalankan siasatan.

Setelah adegan siasat menyiasat,rupanya ada  berlaku kecurian di kampung aku.Banyak juga la kecurian berlaku terutamanya motosikal. lagi sedih pabila pemilik motor tu sedang berpenat lelah mengerjakan sawah padi  pabila siap kerjanya, pemilik itu terus menuju ke motornya dan tanpa disedari dia dipukul dan motornya dibawa lari.Aku terfikir sejenak,punya la susah orang kumpul duit nak beli sebuah motor.Suka hati kau je nak mencuri.Tak habis dengan mencuri kau pukul tuan punya motor.Masya Allah. Manusia jenis apa kau ni?

Teringat pulak kejadian kecurian  motor abang aku beberapa tahun lepas.abang aku baru sahaja pulang dari kedai.beberapa minit kemudian motornya dicuri dan pencuri lesap sampai hari ini..Seminggu selepas itu motor sepupuku pula dicuri.Tapi nasibnya baik kerana pencuri itu dapat ditangkap. 





Bila difikir dan memikir,aku bertanya sendirian. Kenapa dia boleh jadi pencuri?Terdesak?Hasutan syaitan?Masalah keluarga?pengaruh rakan sebaya?Mak ayah dorang tak ajar ke?
Biasanya bila berlaku macam ni,ibu bapa mesti disalahkan. Kalau kita fikir,tak kan la mak ayah nak ajar anak dia buat perkara jahat.Tak mungkin. kalau ada pun,memang betul-betul terdesak.Ataupun memang dia bercita-cita mahu jadi pencuri.Pengaruh rakan sebaya mungkin boleh dikaitkan.Yang ini mungkin faktor utama. Kesimpulan,aku memang tak dapat nak simpul.janganlah kita jadi pencuri.

Mak aku berpesan,tu la mulut tu selalu kena rajin berdoa.baca ayat kursi,surah 3 kul dan selalu mintak jauh dari anasir jahat.Insya Allah mak.

1 comment:

Khuzrin Kamarudin said...

Undang-undang dicipta untuk dilanggar. Hahhaa..