time is gold

Monday, August 22, 2011

lambat sangat

jari-jemari kasarku ralit menekan key-key piano. Marry Had A Little Lamb. aku baru belajar. level 1.
dengan menggunakan sebelah tangan untuk lagu itu,kekadang tersalah tekan.lain bunyi.rasa pelik.

message alert 4 berbunyi. adoi kacau betul.terganggu seketika konsentrasi aku.
aku terus menekan yes untuk membaca message.

'tolong tukar duit.RM1 100 keping dan RM 10 100 keping'.dari Kak Mah,kakakku yang ketiga.
'ok'.jawabku ringkas.

pukul 12.30 tengah hari,aku terus ke bank. kebetulan ada cek untuk dimasukkan.
kaki menapak laju ke Bank Muamalat.matahari  pula tidak mahu kalah.terus memancar sinarnya.

'duit RM 1 je tinggal.yang lain tak da'. aku terdengar perbualan customer dan pegawai bank.

sampul duit raya tidak dapat.hampa.sebab sudah habis.setelah selesai terus ke CIMB Bank.

PENUKARAN DUIT  RAYA PUKUL 9-12 SAHAJA.

oh tidak mengapa.terus ke Maybank.

PENUKARAN DUIT RAYA BERMULA SELASA 23/08/2011 DARI JAM 10-1

hadoi.sekali lagi.

sumber google

2 comments:

~izan~ said...

mencabar sungguh nk tukar duit raya yer huhu

Aisyah Ahmad said...

tu la kak.sabar je la :)