time is gold

Tuesday, August 2, 2011

jangan pukul dia,kak

petang semalam,aku berpeluang mengunjungi ke bazar Ramadhan di Taman Sri Pulai. pertama kali,berpuasa di bumi Johor.

tahun lepas,di bumi Shah Alam. berbuka bersama kawan-kawan tersayang. rindu pula bila teringat.

lain pula tahun ini,berbuka bersama keluarga mak cik. berbuka puasa dengan kuih-muih. memang menjadi perkara biasa bagi keluarga mak cik aku setiap kali bulan puasa. tapi pada waktu sahur pula,baru menjamah nasi dan lauk. teringat pada Nodh memang orang JB berbuka dengan kuih-muih atau mee atau bihun goreng semasa zaman diploma di UiTM Alor Gajah.

bazarnya tidak terlalu besar.kerana kebetulan semalam ada pasar malam.jadi orang pun tidak ramai.

sekadar hiasan.sumber google.

banyak kuih-muih dan lauk pauk.memang terliur.rasa seperti mahu beli semua. bak kata kak irda,'awak ada sini 29 hari lagi,esok boleh beli lagi'. ok.jangan terlalu ikut hawa nafsu.tapi aku sekadar membeli kuih deram atau telinga kera ataupun gelang moyang.

mata aku sperti biasa akan melilau sana sini. tiba-tiba,seorang perempuan pengsan. nasib ada seorang lelaki mungkin suami atau teman lelaki tolong papah duduk ke tepi longkang. mukanya pucat lesi. mungkin penat hingga buat dia rasa pitam.

terdengar pula anak-anak kecil menangis.mungkin rimas sebab ramai orang.tak pun mungkin keinginan tak tercapai. aku nampak budak lelaki menangis. ibunya sedang membeli air. si anak sedang menangis tapi dengan spontan dia menampar pipi si kecil itu.2 kali.aduhai ibu.dia kecil lagi.kenapa tampar dia?nak tampar anak pun jangan la di depan orang ramai.si anak makin menangis.dah la bulan puasa,sabar kak.lain kali tak payah bawa anak.tinggal je kalau rimas nak layan anak.

5 comments:

ika~~ said...

setuju.bln puasa ni supatutnya kita kna brsabar dgn setiap karenanh manusia including anak sndri
selamat brpuasa!

aisyah ahmad said...

tu la pasal.ank besar kalau tak dengar ckp nk pukul tak pe la.ni baru umo 3 4 tahun.mana la reti lagi.selamat berpuasa juga :)

Bashtiah said...

selamat berpuasa ecah!
Serius rindu pasar uitm lendu.. :')

~izan~ said...

alahai kesian bdk tu..mungkin dia tak selesa kot ramai2 mcm tu so meragam la..anak2 akak pun mcm tu tp kalau kita makin amrah,lg kuat dia nangis n meragam..so kena pujuk elok2...

aisyah ahmad said...

bash:selamat berpuasa..rindu2..sambil2 skodeng dak2 kelas kita bazar ng skandal la pakwe la makwe la..hahaha

izan:memang kesin kak.ada ke buat cam tu.memang makin kuat la budak tu menangis.si ibu bkn nk pujuk buat muka bodoh je..