time is gold

Friday, August 5, 2011

hutang orang kena bayar la

follow up.ya follow up pabila hujung bulan atau aal bulan payment tak masuk-masuk. sudah menjadi pekerjaan aku.aku akan menelefon setiap customer yang sudah lama tidak berbayar.

situasi 1

aku : hello.saya aisyah dari Moklin.

customer : ye aisyah.ada apa?

aku : saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : kejap ye saya check.

aku : ok. 

 tunggu sementara.lebih kurang 2 3 minit.

customer : nanti kalau ada cek,kita akan bagitau.

tak mengapa mungkin belum rezeki. teruskan membuat panggilan untuk customer seterusnya.

situasi 2

aku : hello.saya aisyah dari Moklin.

customer : ye cik aisyah.ada apa-apa yang saya boleh bantu?

aku : saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : kejap ye saya check.

aku : ok. 

customer : setakat ni tak da lagi.

aku : ok.terima kasih.

situasi 3

customer : syarikat api batu ( contoh)ada apa-apa yang saya boleh bantu?

aku : hello.saya aisyah dari Moklin. saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : kejap ye saya sambungkan ke bahagian akaun.

aku : ok. 

customer : helo.syarikat api batu.

aku : hello.saya aisyah dari Moklin. saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : invoice no berapa?

aku : invoice bla.bla.bla.bernilai RM 4000+++

customer : RM 4000++. u buat service apa? bila date dia?

aku : cleaning service.2.8.2010.

customer : u cuci apa sampai RM 4000++?

aku : external dan internal cleaning.shampoo carpet.

customer : kan dah dah cakap i tak puas hati dengan service u.kira tak yah bayar la.

aku : ok.terima kasih.



kerja dah siap.tidak berpuas hati? apa yang kami dapat?ragam manusia.bagai menanam tebu di bibir mulut.

lain pula jika awal bulan, semua senyum lebar.sebab dapat gaji.seperti biasa supervisor akan call.

supervisor : helo.ada gaji tak?

aku : tak da.

aku seperti sebak bila ada orang call tanya tentang gaji. sedih.suara-suara yang telah berumur.mengharapkan ganjaran setelah kerja dilakukan.lebih-lebih lagi bulan puasa. semua orang perlukan duit. harga barang naik. tapi apakan daya.aku telah berusaha kejar payment tapi dari pihak sana yang bermasalah.



3 comments:

Aiman Nazirmuddin said...

best, salam ramadhan. :)

bighagenjo said...

alahai.. sian.. sabar yew.

Aisyah Ahmad said...

aiman:salam ramadhan :)

bighagenjo:tu la kesian kan..dugaan betul bulan puasa ni.