time is gold

Thursday, July 7, 2011

silent please

sampul surat putih dihulur.

'terima kasih kak'.jawabku.

alhamdulilah.syukur nikmat.awal bulan memang masyuk.aku membuat keputusan untuk membuka akaun maybank. kebetulan tempat kerjaku berdekatan dengan maybank,mualamat dan cimb je.
aku hanya ada akaun bank islam dan bsn.

'saya nak nak bukak akaun boleh?
'boleh.bagi ic la'.
'tapi saya nak buat simpanan dulu'.
'ok.nanti lepas siap jumpa saya ye'.
ok.

kebetulan aku kena masukkan gaji pekerja di tingkat atas. ramainya manusia.
awal bulan memang begini.fikirku.

aku duduk dan menunggu giliran aku. sesekali seperti biasa mata mesti melilau-lilau memandang sekeliling.
tak ramai orang kita.ramai orang mata sepet.kaya sungguh dorang ni. setiap kali aku pergi bank mesti ada je dorang ni.

tet tet tet tet.nada handphone nokia biasa berbunyi.

hello.ya.ya
bla.bla.

tolong jawab panggilan di luar ye.tegur seorang guard di situ.
semua mata terus tertumpu ke arah perempuan yang menjawab panggilan.
dia terus keluar. aku terus silent handphone aku.

sekali lagi handphone berbunyi. si jejaka pulak. guard itu hanya memerhati.
tak sempat menegur jejaka itu terus end call.

hormat la sikit.dalam bank.nak berbual sila lah ke tempat lain. takut menggangu urusan pihak bank.
itu pasal handphone.kalau ada yang tak  reti bahasa yang berborak nak satu bank dengar.apa cerita?

setelah siap urusan aku. aku bergegas ke tingkat bawah.

'sila isi tempat kosong yang saya tick ni. alamat mana awak nak guna?
alamat kat lam ic la.
tak boleh.sebab awak tinggal luar johor.
kalau awak bekerja awak isi la alamat tempat tinggal awak.awak bekerja ke belajar?
belajar lagi.
tak boleh dik.sebab memang gitu syarat dia melainkan awak guna alamat awak tinggal.

aku berfikir.aku tak ingat alamat rumah mak cik aku.

awak guna lah alamat rumah awak tinggal sekarang.tapi nanti kena tukar balik la.
ye ke?tak pe la cam tu.ingat boleh buat.
tak boleh.semua bank memang cam ni.
kalau dulu, kalau nak buka akaun kena buat di bank yang berdekatan je. tapi sekarang tak kisah kat mana2 asal bukan luar dari tempat tinggal.lain la kalau bekerja.
ye ke?xpe la.terima kasih.
sama-sama.

hampa. aku tak tahu di mana mahu menyimpan duit gaji.peti besi mugkin.atau dalam purse tapi sorok2
walau apa yang terjadi aku kena simpan duit itu. untuk mencapai hasrat yang diinginkan iaitu beri hitaml

No comments: