time is gold

Tuesday, July 12, 2011

hidup ni biar beradab

'aisyah kalau awak mengantuk,awak boleh balik'. sergah cikgu padaku.
'saya sakit kepala cikgu.jawabku.
'kalau awak sakit ,awak boleh balik'. katanya dengan nada marah.

aku hanya mendiamkan diri dan terus memandang buku. pada waktu itu,kepala aku makin  berpusing-pusing. 

walau kena halau,aku masih duduk di barisan depan tanpa berganjak. ikut hati memang mahu saja aku keluar. tapi apakan daya dia guruku. aku kena hormat dia.

 kejadian ini berlaku semasa aku form 5.aku masih ingat sebab dia juga kami sekelas kena rotan dengan guru disiplin. kesnya aku sudah lupa.



aku bukan sempurna.aku bukan seorang perempuan yang baik.aku boleh jadi baik.aku boleh jadi separuh baik.

tapi walau aku begini. aku tetap menjaga adab. adab dengan orang. adab dengan bos. adab dengan guru. adab dengan ibu bapa,keluarga dan saudara mara.cuma aku tidak beradab bila dengan kawan. sebab umur sama dan perangai sama.bila berjumpa semua jadi tidak menentu.

walau aku membenci orang tu. aku tetap menghormati beliau. tetap beradab bila bercakap.tetap memandang orang itu. tak suka atau benci  aku tetap hormat dia.

sehinggakan ada seseorang berkata padaku.

'biasanya orang yang belajar makin tinggi ni,attitude dia sangat teruk. tahu ilmu agama.tahu hukum hakam. tapi tidak beradab. tidak tahu hormat orang'.

aku terdiam.mungkin ada benarnya.

No comments: