time is gold

Saturday, July 23, 2011

kau siapa mahu menegur

aku menjerit sekuat hati.tidak pedulik orang di sekeliling.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..puas.lega.

tiba-tiba datang seorang lelaki.tidak berapa macho.sebab berani datang menegur aku.

''awak ni perempuan bertudung.tak elok menjerit.suara tu kan aurat''.dia menegurku.

aku memandang tepat ke arah matanya. lalu dengan kasar aku menjawab.

''weh jantan.kau sapa?kau tak payah nak tegur aku.kau pun belum tentu solat cukup 5 waktu.ada hati nak nasihat aku''.

''cik adik manis.saya menegur kerana kita saudara islam.saya tak cakap saya solat cukup ke tak tapi awak tak malu ke menjerit-jerit?tengok tu semua orang pandang awak''.balasnya sopan.ala-ala romantik.

aku terus membidasnya.

''tak payah nak panggil aku adik.aku bukan adik kau la.nak tunjuk baik konon.biarlah dorang nak tengok.sebab saya cantik.sebab tu dorang tengok saya''. tak sempat aku mahu membidas,dia terus mengeluarkan hujahnya.

''cantik di luar tiada guna.ia tidak kekal lama.tapi cantik dalaman yang penting.biar rupa buruk tapi hati cantik''.

aku terdiam.

dia bertanya lagi.

''kenapa diam?tak betul saya cakap?saya nak tanya,kalau awak tak kisah la.awak ada masalah ke?''

aku hanya menjeling.tunduk malu.

''sekadar melepaskan kemarahan.saya stress.saya tak tahu la.jiwa saya tak tenang''.jawabku.

''kalau awak ada masalah atau stress,menjerit bukan dapat menyelesaikan masalah awak.kalau awak tak nak berdepan dengan masalah awak,tiada jalan penyelesaiannya.awak kata jiwa tak tenang.awak kan boleh berwudhu,berdoa atau menunaikan solat.Allah Maha Mendengar.dia akan mendengar segala masalah awak''.

''saya uzur''.aku menjawab.

dia seperti serba salah.

''beristifar la.banyakkan selawat.insya Allah,segala kecelaruan pergi jauh''.

Ya Allah. masih ada insan seperti ini.aku beristifar.egonya aku.jauhnya aku dariMu Ya Allah.
malu.malu kepada diri sendiri,Allah dan lelaki itu.
terasa hina diri ini di sisiMu Ya Allah.

''terima kasih''.jawabku.

''sama-sama''.

dia berlalu pergi.

siapa dia?aku terlupa untuk menanyakan namanya.
aku terus beredar.

seperti dalam novel dan lakonan.nyata semua itu tipu belaka.aku ingin pergi ke suatu tempat.tempat yang boleh aku hilangkan segala masalah yang aku hadapi.jiwa aku memberontak. masjid.mungkin tempat sesuai.tapi..

No comments: