time is gold

Thursday, February 9, 2012

jom kahwin 4!

Seperti biasa usai solat Subuh, aku terus menuju ke dapur. Menolong akak iparku menyediakan sarapan pagi untuk abangku dan anaknya. inilah rutin harianku sepanjang cuti semester ini.
waktu tengah hari jugak,aku akan menolong apa yang patut. biasa aku akan ditugaskan mengoreng atau memasak sayur. itu sahaja yang aku pandai.nasib siapa kahwin dengan aku.hari-hari makan sayur.

Sejak aku berada  di rumah,banyak aku mendengar ceramah berkisahkan Nabi Muhamad ( SAW). walaupun sekadar dengar dan tak dengar je, aku akan amati cerita itu. Kalau dulu masa kelas fardu ain aku paling tak suka subjek sirah. selalu kena berdiri sebab tak dapat jawab soalan berkenaan sirah. bila aku dengar kisah Rasulullah ( SAW) aku rasa teruja dan kagum.rasa seperti macam boleh jumpa baginda walhal realitinya tak.Betapa hebat baginda hidup yang penuh dengan dugaan,cabaran dan halangan. Kena baling taik,kena hina kena caci,dan banyak lagi tetapi baginda tidak pernah melatah malah menghadapinya dengan tenang dan sabar. Allahuakbar.

kalau kita kena,terus melenting.Aku tidak memperkatakan kepada orang lain tetapi diri aku sendiri. Pantang kena tegur aku terus marah,melenting. Masya Allah.Baginda memaafkan umatnya dengan begitu senang ,kita nak memaafkan orang memang payah. Betapa pekerti mulianya Ya Rasulullah.Ye aku tahu kita manusia biasa bukan nabi. Manusia yang selalu buat silap. Tapi kenapa kita tidak mahu mengikut segala jejak baginda. Kalau bab kahwin,semua nak ikut nabi.kahwin 4,sunnah nabi katanya. Bagaimana dengan solat?Puasa?Berbuat baik sesama manusia?Mempunyai akhlak yang baik?Adakah kita mengikut sunnah nabi?


sumber cik google :)
sila besarkan untuk lebih lanjut.


p/s:bukan niat menunjuk baik,sekadar mengingatkan sesama kita.Insya Allah.Jangan lupa selawat.
RT @infosihat2u : Sabda Rasulullah : "orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak brselawat kepadaku.





2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

banyak y kita leh contohi kan? kita ja y tamo. maceh berkongsi entry ni ng suma. Nadh doakan kita sama2 dapat amalkan yang baik tu. ;)

Aisyah Ahmad said...

tu la.kalo banyak dengar kisah nabi memang banyak.mudah-mudahan.amin :)