time is gold

Saturday, April 23, 2011

BUKAN INI PINTAKU


Seperti biasa, minggu untuk belajar (study week) akan ada sebelum ‘final exam’. Tak kiralah berapa hari, ia tetap panggil ‘study week’. Bagi course aku,minor hotel ada 11 hari  sebelum ‘exam’. Hari masa muda, tak remajalah ‘study’ awal2. Ok ini pernyataan untuk orang yang terlebih “RAJIN” seperti aku ( sambil tangan di bahu,mata ke atas).

Tapi “RAJIN2” aku pun nota buat la. Bukan tak sentuh buku lansung pun. Tangan menulis mata memandang kotak yang bergerak. Adoihai. Macam2 cerita menarik. Sebelum ni jarang je tengok televisyen. Sekarang? Semua cerita mandarin aku ‘follow’. Love Blossom, Just in Singapore, Happy Family ( dah tamat) ganti dengan Perfect Cut 2. Pastu tengok cerita Mata Ayer, Cinta Antara Kita, Kasih Suci ( ulangan), Naughty Kiss ( korea versi Mandarin), Oh,Feel Young! Jalan-jalan Cari Makan, Majalah 3, 360, Buletin 1.30, Buletin Utama. Semua sapu bersih. Tak ketinggalan American Idol dan Cerekarama juga ‘show2’ kat TV9 di Hatiku. Aku mula ketagih menonton tv. 

Pagi tadi bukan pagi sangat la,tengahari kat TV3 ada satu cerita. Aku pun tak ingat tajuk apa. Cerita omputih. Dia lelaki yang hensem tapi cacat penglihatan. Seorang yang berkebolehan dalam muzik, pelajaran, dan yang paling hebat “Wrestling Tournament”. Dia selalu menang. Memang la menang sebab tu cerita je. Tapi pengarah dia cuba sampaikan ‘message’ berguna kepada kita. Jangan sangka orang tak nampak ni banyak kelemahan. Dorang sebenarnya mempunyai semangat yang tinggi dari kita yang dapat melihat. Cuba tengok kat tepi kaki lima, pasar malam, atau di mana-mana. Dorang ni bukan nak mintak sedekah je. Macam2 dorang buat menyanyi, mengurut dan main alat muzik. Bukannya  nak mintak simpati tapi dorang bekerja. Itu cara yang mampu dorang buat.

Petang tadi tengok cerita Hindustan TV2. Tajuk dia Pyaree Mohan kot. Aku tak pasti. Kisah 2 sahabat yang hensem, kacak bergaya tapi sorang tak nampak ( Pyarre) sorang lagi tak dengar ( Mohan). Berkawan dengan perempuan yang gojes gitu Priya dan Preety ( adik-beradik). Mulanya cinta Pyarre dan Mohan ditolak oleh si gojes2. Alasan sebab hero2 tak sempurna. Pastu musibah menimpa si gojes sebab dituduh membunuh. Si hero2 ni la datang menyelamat. Pelbagai cabaran dan rintangan si hero2 ni dapat sebab nak tolong si gojes2.

Priya : Saya mintak maaf. Saya yang pekak sebab tak dapat nak baca kata-kata dari denyutan jantung awak.
Preety : Saya buta sebab tak dapat menilai cinta sejati awak.

Alahai so sweat sweet. Tengok orang kurang upaya ada perasaan tau. Jangan sesekali kita memperkecilkan dorang. Bukan dorang mintak lahir cam tu tapi tu adalah dari Pencipta. Kita yang celik ni sepatutnya hulurkan tangan, ringankan beban. Bukan sekadar menghina dan mencaci dorang. Renungkanlah.

No comments: