time is gold

Sunday, February 27, 2011

kelip-kelip kusangka api

aku tak faham betul la..
bila masa free tak nak plak buat 'test' atau kuiz..
bila da full,sibuk nak masuk line..
alohai..
esok,lusa dan tulat..
'test' tanpa henti..
khamis hantar 'assigmen't..

minggu depan lagi sibuk..
sibuk menyiapkan assignment..
sem ni banyak 'assigment' luar..
'best'..duit pun 'best'...terbang je duit..

semalam pergi POTO Travel & Tour..
untuk membuat 'assgiment' Service Management..
CEO yang baik..mempunyai motivasi yang tinggi..
memang tak hairan jika POTO ni mendapat banyak 'award'.
'Agensi Pelancongan Bumiputera Terbaik'..
tennok tengok CEO dia pun dah tau..
macamane dia manage company dia..
siapa berminat nak melancong, guna la 'service' POTO ni..
anda pasti berpuas hati..Insya Allah..


petang tu pulak..pergi ke Kg.Kuantan..
tengok kelip-kelip..
best..memang comel..siapa2 yang mahu menikmati cipataan-NYA pada malam hari..
Kg.Kuantan la jawabnya.
tiket satu bot RM 40=4orang..selama 20 minit..
dapat satu botol air percuma..
buka pada pukul 7.45 hingga 10 malam..
pukul 8 malam waktu yang sesuai nak tengok kelip2..
waktu tu kelip2 banyak dan aktif..
pukul 10 kelip2 mula berkurang..
jadi siapa2 yang nak pergi tengok,sila pergi awal2..
orang memang tak yah cakap..hari minggu beratur panjang..
pergi awal sebelum pukul 7 pun tak pe..
jangan risau pasal solat..
masjid ada sebelah je..
penggunaan kamera ber'flash' adalah dilarang sama sekali..
ini kerana menganggu kelip2..


menyusuri Sungai Selangor..melihat kerlipan kelip2 di pokok2 tembakau..
umpama pokok krimas yang dihiasi lampa lip lap lip lap..
hanya kedengaran bunyi pendayung perahu..sesekali terdengar gelak tawa dan suara2 yang gembira dapat melihat keindahan kerlipan kelip2..ada juga suara pengunjung berbual..mungkin bertanya pendayung tentang tempat itu..
Subhanallah..Allahuakbar..betapa indahnya ciptaan-Mu..

jom cuti-cuti 1Malaysia :)

p/s: gambar akan di'upload' bila ada masa free:)

No comments: