time is gold

Saturday, September 24, 2011

KL Gangster vs Nur Kasih The Movie

Keletuk keletak. Bunyi sudip berlaga dengan kuali. Siapa yang masak pagi-pagi ni?

Aku membuka tombol pintu dan menuju ke dapur. Husna,kawanku telah menyiapkan sarapan pagi. Nasi goreng dan teh. Satu kombinasi yang sesuai,pendapat aku la.

'Husna,bagusnya ko. Siap masak lagi. Thanks'.
'Tak da menda la weh. Biasa2 je'. Tersipu malu.

Lebih kurang 10 lebih,aku bertolak ke UiTm Shah Alam bersama dua rakan sekelasku. Tujuan utama untk berjumpa Ketua Program ( KP). Sempat juga mengimbas kenangan di area situ. Kafe Oren tempat yang kami selalu lepak. Setelah urusan selesai dengan KP  aku menuju ke kolej Melati untuk berehat seketika di bilik memberku. sSempaNama biasa bagi aku kerana aku pernah menginap di situ. Blok 4B. Walau hanya satu sem di sana tetapi tetap tersimpan 1001 kenangan manis dan pahit.

Dataran Cendikia ( betul ke) atau dikenali DC masih meriah seperti dulu. Kedai-kedai makan sudah dipenuhi dengan peniaga. Rindu bila teringat kembali. Memberku mengajak ke tempat yang murah.3 lauk RM 4.50. Kalau di Puncak mahu RM 5. Jauh berbeza.

Kaunter Bank Islam sudah di buka di kolej Teratai. Mungkin tempat lain jga berubah. Aku tidak sempat menjelajah semua tempat.

memberku menghadiri satu perjumpaan. Tinggal aku bersendirian di bilik. Dia 'bekalkan' aku laptop dan movies. KL Gangster dan Nur Kasih The Movie jadi pilihanku.

KL Gangster. Takut dan ganas. Risau aku jika aksi-aksi itu menjadi ikutan di alam realiti walhal memang betul berlaku. Itulah gejala masalah yang berlak di negara ini. Salah masuk kawasan,gaduh. Orang tak cari pasal,sengaja buat pasal. Kerana duit, sanggup membunuh. Ada duit,ada kuasa. 


sumber google




Nur Kasih The Movie. sebuah cerita yang menghayat hati. Pabila perkhawinan diredhai,walau apa yang terjadi, ia tetap bersama. Kasih sayang yang wujud kerana Allah sanggup lakukan apa saja untuk pasangannya.Setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Jika kehilangan sesuatu,Tuhan telah mengantikan dengan benda lain. Kesanggupan dan kesetiaan sepasang suami isteri seolah-olah aku lah mereka. Aku mahukan keluarga yang bahagia dan diredhai Allah.

Tersedar rembesan air mata bercucuran. Aku cepat-cepat mengelapnya.

sumber google

5 comments:

niesasukasuki said...

nur kasih terbaekkk !

Siti Aziz said...

dua2 aku dah tengok...best kedua duanya..tapi lagi best nur kasih kot...ha3...

Aisyah Ahmad said...

niesasukasuki :betul2..nur kasih memang best :)

siti aziz: nur kasih terbaik :)

Nour Eyza said...

ngantok la tengok nur kasih tuh.. ahhahaha.. lambat bebenor jln ceritanya....

Aisyah Ahmad said...

eyza: mula2 memang lambat..aku tengok rasa nak forward je.tapi bile hayati betul2 best jugak..hehehe