time is gold

Sunday, September 11, 2011

4 bulan berlalu.Cuti semester sudah habis.
Aku pula sudah berada di Puncak Alam,Kuala Selangor.
Nama yang asing bagi mereka yang belum tahu kewujudan puncak alam termasuk abang aku yang boleh sesat semasa menghantar aku ke sini.

Kelakar bila diingat kembali.kejadian Jumaat lepas. Aku dengan yakin menunjuk arah jalan.

'ikut shah alam ko?tanya abangku. ( ikut shah alam ke?)
'tak yoh la.ikut klang terus.takut jam la masuk shah alam'.Jawabku dengan yakin.( tak payah.ikut klang terus.takut jam la masuk shah alam.)


'ikut klang banting ko? Tanya abangku lagi.
'dok.straight  jah'. (tak.straight je)

Kemudian,kelihatan lori-lori kontena dan laut.Juga kami melalui jambatan. Aku memandang kawan aku yang juga menumpang aku balik ke puncak. Kami berpandangan dan gelak.

'betul ko dok ni?kalau sesat keno belanja make ni'. Abang aku bersuara. ( betul ke tak ni?kalau sesat kena belanja makan.)

'betul.abe pauzi kena cayo kito.dok sesat eh'.aku menjawab. ( betul.abang pauzi kena percaya kat kita.tak sesat la.)


Perjalanan makin jauh. Lori-lori kontena yang besar kelihatan keluar dan masuk. Papan tanda pula menunjukkan west port pulau indah terus.

Aku memandang john iaitu kawanku.aku tersenyum dan bersuara.
'mace lain jah jalan ni?( macam lain je jalan ni?). Tiba-tiba aku berkata-kata.

Abangku terus berkata,'aku oyak doh.jauh ni nak patoh balik'.(aku dah cakap.jauh kalau nak patah balik ni)
'tak pe la.bulih kenal port klang'.hahaha. Aku tergelak. ( tak pe la.boleh kenal port klang)

Perjalanan itu melalui bandar Klang yang meriah dengan lampu berwarna-warni. suasana yang 'hidup' di malam minggu.
Jusco Bukit Tinggi tersergam indah.Besar. Aku jakun seketika melihat bangunan itu. Tak pernah aku sampai ke Bukit Tinggi sebelum ini. 'ada hikmah juga sesat kali ini'. Aku berkata dalam hati.


Tok.Tok. kedengaran pintu diketuk. Aku terus mencapai tudung  dan membuka pintu. Kekadang budak lelaki depan rumah suka mengetuk pintu rumah kami. Kawan sekelas aku.

Husna. kawanku dari Pekan baru tiba. Suasana dalam rumah sewa makin riuh kerana sudah 4 bulan lebih tidak ke temu.

No comments: