time is gold

Saturday, April 28, 2012

Sarawak Bumi Kenyalang #Day 1



Hari pertama bermula.Destinasi pertama menuju ke Pasar Serikin.Pasar ini terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan mengambil masa lebih kurang 1-1 jam setengah dari Bandar Kuching. Pasar ini buka pada WEEKEND je.Diingatkan supaya memakai pakaian yang menyerap peluh,bawa spek mata hitam atau payung dan elakkan memakai baju hitam.Lagi satu sila bawa minuman secukupnya.Cuaca di sini sangat la panas.Panas dari lain yang lain.Silalah  datang awal pagi untuk mengelakkan bahang panas waktu tengah hari.

muka semangat di awal pagi :)

ini dia pasar serikin

telekung yang cantik2

pelbagai barang ada.baju,kasut,beg,tikar,makanan,kain pasang,batik,pelikat

kalau nak beli beg atau barang2 yang bermanik2 sila beli di sini.murah sikit.

baju dan blouse tak kurang cantiknya

ha ni dia barang2 yang di borong
walau panas terik bergambar perkara wajib.



Setelah berpuas hati dengan barang yang dibeli dan puas pusing satu pasar ini.masa untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut yang bergema lagu tradisi Sarawak.lalalala



makan di food court Bau.sila jangan makan di sini kerana  harganya yang agak mahal.aku makan ayam pansuh dan burung puyuh juga limau ais rm13.







perut kenyang,senang hati.mari ke destinasi seterusnya,Pasar Minggu Satok.Kat sini ada jual keychain atau souvenir,ikan terubuk,lada hitam,rempah ratus,baju2 tshirt sarawak dan makanan.pasar ni sama macam pasar malam tapi bukak WEEKEND je.agak murah la.tapi kalo tshirt tak pasti.murah tapi tak berkualiti.

keychain murah.hari tu dapat 3 paket ( ada 10 satu paket) RM 25.

macam-macam ada.boleh beli untuk kawan2 dan family :)

jom pergi wisma satok.dah kena panas satu hari jom rasa aircond.

driver penat kena urut dulu

muka penat yang mampu senyum


Taman Sahabat tidak dilupakan.Dah sampai tapi hujan lebat dan kilat sabung menyabung.hasrat dibatalkan dan pulang ke rumah.sebelum tu pekena sotong kangkung di kedai makan Lok Ann ( kalau tak silap).

ini dia sotong kangkung,white lady dan ABC.



Kemudian makan malam di rumah Dzul.thanks again.segan pulak asyik makan rumah orang je.Mak dia masak tempe dan umbut kelapa.dah lama tak makan makanan macam ni.Kemudian mengambil angin di Waterfront dan menikmati night view di Kuching.

Dewan negeri sarawak.unik bangunannya.

river cruise rm60.makan sambil menikmati view sunset selama 1 jam setengah.tak sempat naik sebab petang selalu hujan
 :(

Kuching kucing kucing
End of day one :)