time is gold

Friday, November 11, 2011

Aku dengar mak

Pagi tadi selepas Subuh,kakiku terus melangkah ke dapur. Aku tak pasti kenapa begitu rajin.
Mungkin kerana hari ini hari terakhir berada di rumah. Cuti sudah habis bro. Dan esok aku akan kembali ke tempat aku menimba ilmu.

Aku mencari-cari apa yang boleh dibuat untuk sarapan pagi ini. Nasi semalam masih banyak. Kebetulan ikan goreng dan daging masih ada. Aku hancurkan ikan dan potong daging kecil supaya senang dimakan. Aku sediakan bahan untuk membuat nasi goreng. 

Klang Klatung Klang Kaltung. Sudip berbunyi pabila berlaga dengan kuali.
Mak dan akak aku datang menjenguk sambil bertanya,'masok gapo tu? (masak apa tu).
'Buat nasi goreng tapi dok tau la sedap ko dok( buat nasi goreng tapi tak tahu la sedap ke tak)',jawabku.
'Sedap la tu kalu moksu masok.( sedap la tu kalau maksu masak) sambil gelak.

Setelah siap aku hidangkan mak aku. Aku pun turut makan bersama mak aku sambil berbual-bual.
Macam-macam cerita ada. Sesekali mak aku memberi syarahan percuma dan nasihat. Aku sekadar diam dan makan perlahan-lahan.Tiba-tiba sampai satu part,

mak : biarlah ore buat jahat ko kito jangan kito balas. dok baik.buat doso jah.
         ( biarlah orang buat jahat kat kita tapi kita jangan balas balik. tak baik.dapat dosa je.)

Aku terdiam. Insya-Allah mak,aku akan ingat pesanan mak. Mak aku selalu berpesan itu berpesan ini. Aku dengar. Kadang-kadang aku buat,kadang-kadang aku lalai. 

Ya Allah,Jauhilah aku dari kemungkaran dan ampunilah dosaku Ya Allah. Amin.


sumber google

3 comments:

Anonymous said...

dengar cakap mak tuuu..hehehe

Aisyah Ahmad said...

memann dengar CK.kalau tak jadi anak derhaka..hehehe

mykhalis said...

siap ada subtitle lagi dialog ni..hhaahaha