time is gold

Tuesday, October 11, 2011

nak kahwin lepas degree la..eh tak2 kahwin umur 25 la..

Pagi tadi hujan. Membuatkan aku makin menarik selimut seperti hantu bungkus.
Dengan daya yang malas aku tetap bersiap untuk menimba ilmu.

Hujan masih renyai. Area Astana Alam 2 sunyi. Mugkin penghuni juga masih lena diulit mimpi dengan kedinginan pagi.

Seperti biasa waktu pagi, kami jarang berbual. Mood pagi. 
Radio dibuka. Kedengaran siaran Era.

'Saya ada kat KL.Isteri ada kat JB. Cerita seorang pendengar Era.
'Saya call dia tak jawab. Saya message dia tak reply'.
 
 
Kenapa? tanya aznil.
'Saya kena gantung kerja. Dianayai oleh kawan saya sendiri'.
'Semua kerja saya buat. semata-mata nak duit. Tak kesah la RM 10 ke RM 5 ke.Semua kerja saya buat'.
'Awak ada anak tak?. Tanya Aznil lagi.

'Ada.sorang je.saya rindu anak dan isteri saya. Saya malu sebab mak mertua saya pandang saya serong. Saya tak da kerja'. Suara dia seperti sebak.

;Awak sepatutnya tunjuk effort awak. Barulah mak mertua kesian. Mungkin dia akan faham situasi awak'. Aznil memberi nasihat kepada pendengar tersebut.

kami yang mendengar terus bersuara. 

Sedihnya. Tak kan dia tak cerita kat isteri dia? 
 Tak kan isteri dia tak faham?

Pelbagai persoalan timbul dari kami. 

Aku berfikir sejenak. Kahwin bukan senang. Banyak benda yang harus dipelajari.  Banyak dugaan dan rintangan. Terfikir jugak orang yang berkahwin muda. dan yang masih belajar. Macamana mereka lalui hidup  mereka? Mungkin mereka dari keluarga berada. Tiap-tiap bulan duit masuk.

Aku yang belum berkahwin sudah merasai kepritan hidup apatah lagi bila berkahwin di usia yang muda yang belum mengenali dunia sepenuhnya

Tapi siapa aku untuk menolak  jika jodoh telah tertulis untuk aku berkahwin di usia muda?

sumber google

6 comments:

arituarini said...

mana satu ni..jgn letak mahal2 sudah la..hehehe

salam said...

awalnya nak kawen..hehehehe

Aisyah Ahmad said...

arulchelsea : tak leh letak mahal2..nanti tak laku.hehehe

salam : kalau ada jodoh tak kira awal atau lambat..hahaha

Unknown said...

wah..nk kawen jugak..sile sponsor plzz..huhu

Aisyah Ahmad said...

raihayu raney : suh la rafflesia sponsor..hahahha..tak pun jimmy choo..baru la kelas kau ayu...hahaha

Aisyah Ahmad said...

raihayu raney : suh la rafflesia sponsor..hahahha..tak pun jimmy choo..baru la kelas kau ayu...hahaha