time is gold

Friday, April 27, 2012

Sarawak Bumi Kenyalang


On the way to LCCT.Thanks bus UiTM :)


dah sampai di LCCT.


isi perut sebelum terbang.


jumpa kawan sekolah.dia keje kat situ.thanks fadhil  belanja makan :)


Welcome to Kuching.at Kuching International Airport.

ni memang nak pindah sini ke apa? :)


di rumah dzul.Makan malam yang best.thanks dzul and family :)

di sini la kami tinggal di sarawak,Thanks pija and family :)


Terima Kasih Daun Keladi

Alhamdulilah selamat pergi ke Sarawak dan selamat sampai di Semenanjung.Seperti dalam mimpi dan tak percaya boleh sampai ke Bumi Kenyalang.Orang Sarawak memang peramah dan baik-baik.Terima Kasih kepada family dzul,pija, dan rod .Terima kasih juga kepada Zhafir dan leslie selaku driver ke sana sini.Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ada masa,duit dan rezeki akan ke sana lagi.InsyaAllah.

Friday, April 13, 2012

surat yang tak diundang

Ke hadapan minggu yang bakal sibuk,

Saya berharap awak akan faham dengan situasi saya.Saya tahu awak menyayangi saya tapi maafkan saya.Saya tak da perasaan terhadap awak. Awak baik bukan tak baik.Saya suka awak. Tapi saya tak mencintai awak kerana fikiran saya melayang jauh menyeberangi Laut China Selatan. Saya tak sabar mahu ke sana.Mahu merehatkan diri di Sarawak.Maafkan saya.

Yang ikhlas,
aisyah ahmad


source from mr google

Saturday, March 24, 2012

Milik siapakah rambut itu?

Pagi tadi bahang panas terasa.Mata memang tidak dibuka luas-luas.Tapi kuatkan semangat bangun dah bersihkan diri.Terlalu awal.Lantas mencapai mop.Tuang sedikit pencuci lantai ke dalam baldi dan wah.Harumnya.Pewangi lemon.Tugas mop bermula.Sambil menyanyi riang dan menari ala-ala SNSD.Padahal tak pernah tengok pun.Hahaha.

.Kemudian ternampak kunci kereta member sorang lagi di atas meja makan.dia balik rumah di Sungai Buluh.Aku terus mencapai telefon dan terus menghantar pesanan ringkas kepadanya.

Maka bersiaplah kami menuju ke Setia Alam.Dengan memandu kereta dengan kelajuan 40 km/j dan sticker P tertampal di kereta.Aku berharap pemandu lain faham akan situasi aku.Bersabarlah kawan.Biar lambat asal selamat.Terketar-ketar  tangan memegang stereng kereta.Pedal minyak ditekan seperti hidup segan mati tak mahu.Kawan di sebelah,'tekan minyak lagi cah.ni bukit kang tak gerak'.Ok.Perasaan takut terus menyelebungi diri kerana pertama ,lesen P kalau jadi apa-apa lesen kena gantung.Kedua,kereta orang.Risau kalau berlaku benda yang tak diingini.

Alhamdulilah kami selamat pergi dan sampai.Sempat singgah di pasar malam fasa 2.Kemudian balik ke rumah untuk menikmati ayam Uncle Bob yang dibeli di pasar tadi.

Tiba-tiba,'Kenapa ada rambut bertaburan atas meja ni?'
Oh kan dorang( jiran depan rumah) potong rambut.Angin terbang bawa rambut tu'.Aku terus pandang ke lantai.Tiada seurat rambut pun.Dan aku bersuara,'Dorang potong rambut semalam.Aku mop lantai dan kemas meja pagi tadi.Tak da rambut pun'.
Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.
'Aah la kan.tadi masa makan tengah hari tak da pulak rambut ni'.
Kemudian terdengar suara lagi,'Mungkin Umi balik tadi.Dia potong rambut pastu keluar balik'. 'Apa motif dia nak potong rambut letak atas meja.Kalau dia balik mesti laptop dia simpan.Aku tengok ada je tersadai kat situ'.
'Malam ni aku tidur dengan ko'
Eh kita tidur bertiga la.


sumber cik google.


Rambut itu masih menjadi tanda tanya.Milik siapakah rambut itu?

Sunday, March 18, 2012

Sabarlah sayang

Bersyukur kita kerana masih berkesempatan meneruskan hidup.Alhamdulilah.

Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ketiga aku berada di Puncak Alam.Pelbagai cabaran dan dugaan aku tempuhi dan akan terus ditempuhi.Kadang-kadang antara sedar atau tak,kita telah tempuhi dugaan itu perlahan demi perlahan.Lumrah kita sebagai manusia.

Kita sepatutnya tak perlu terlalu cepat melatah.Tapi itu dihadapi oleh orang yang sabar.Sabar dalam menempuh segala dugaan hidup.Jadi bersabarlah kita.Kerana sabar itu separuh dari Iman.

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaainnya.Sabarlah sayang.

p/s:cuba motivasi diri sendiri.

Tuesday, March 6, 2012

hangat-hangat tahi ayam

Sedar tak sedar aku sudah berada di Puncak Alam.Terasa begitu cepat  masa berlalu.Masa untuk menimba ilmu.Dan semalam kelas pertama bermula pukul 2.30-4.30 petang.Diikuti pada hari ini kelas juga bermula pada pukul 2.30 petang.

Semangat belajar sentiasa ada.Bagus.Tapi itu hanya sementara.Bak kata pepatah hangat-hangat tahi ayam.
Kalau boleh untuk semester terakhir mahu lebih berusaha dari semester yang lalu.InsyaAllah.

sumber cik google :)