time is gold

Sunday, February 27, 2011

kelip-kelip kusangka api

aku tak faham betul la..
bila masa free tak nak plak buat 'test' atau kuiz..
bila da full,sibuk nak masuk line..
alohai..
esok,lusa dan tulat..
'test' tanpa henti..
khamis hantar 'assigmen't..

minggu depan lagi sibuk..
sibuk menyiapkan assignment..
sem ni banyak 'assigment' luar..
'best'..duit pun 'best'...terbang je duit..

semalam pergi POTO Travel & Tour..
untuk membuat 'assgiment' Service Management..
CEO yang baik..mempunyai motivasi yang tinggi..
memang tak hairan jika POTO ni mendapat banyak 'award'.
'Agensi Pelancongan Bumiputera Terbaik'..
tennok tengok CEO dia pun dah tau..
macamane dia manage company dia..
siapa berminat nak melancong, guna la 'service' POTO ni..
anda pasti berpuas hati..Insya Allah..


petang tu pulak..pergi ke Kg.Kuantan..
tengok kelip-kelip..
best..memang comel..siapa2 yang mahu menikmati cipataan-NYA pada malam hari..
Kg.Kuantan la jawabnya.
tiket satu bot RM 40=4orang..selama 20 minit..
dapat satu botol air percuma..
buka pada pukul 7.45 hingga 10 malam..
pukul 8 malam waktu yang sesuai nak tengok kelip2..
waktu tu kelip2 banyak dan aktif..
pukul 10 kelip2 mula berkurang..
jadi siapa2 yang nak pergi tengok,sila pergi awal2..
orang memang tak yah cakap..hari minggu beratur panjang..
pergi awal sebelum pukul 7 pun tak pe..
jangan risau pasal solat..
masjid ada sebelah je..
penggunaan kamera ber'flash' adalah dilarang sama sekali..
ini kerana menganggu kelip2..


menyusuri Sungai Selangor..melihat kerlipan kelip2 di pokok2 tembakau..
umpama pokok krimas yang dihiasi lampa lip lap lip lap..
hanya kedengaran bunyi pendayung perahu..sesekali terdengar gelak tawa dan suara2 yang gembira dapat melihat keindahan kerlipan kelip2..ada juga suara pengunjung berbual..mungkin bertanya pendayung tentang tempat itu..
Subhanallah..Allahuakbar..betapa indahnya ciptaan-Mu..

jom cuti-cuti 1Malaysia :)

p/s: gambar akan di'upload' bila ada masa free:)

Friday, February 25, 2011

aku seorang karyawan??

hari demi hari berlalu..
tanpa disuruh tanpa diminta..
bulan ganti berganti...
tanpa sedar menjadi setahun..

kelas demi kelas..
tiba-tiba kuiz..
tiba-tiba 'test'..
tiba-tiba 'assignment'..
apa nak buat..
kehidupan seorang pelajar..
belajar,belajar dan terus belajar..

ok..apa motif aku sekarang???
mahu jadi karyawan??
mahu jadi penyajak??
atau mahu jadi penyair??

salah..tidak sama sekali..
jawapannya aku mahu 'update' blog..
hehehe..
aku bukan pandai berpuitis pun..
saje je intro nak gempak kan..
padahal nak 'update' je..
bila bukak blog ni bosan je kan??
tak sempat nak 'online'..
bulan 2 dah nak abes..
aku semakin 'busy'..

ok bye..

Monday, February 21, 2011

thank you

fuh berhabuk blog aku..
nak dekat seminggu tak update blog..
biasa lah..masalah yang tak dapat dielakkan..
seperti tak bayar bil,sibuk dengan 'assignment' atau 'test'..
masalah aku adalah tak bayar bil..hahahaha
aish tunggakan berlambak..

selama seminggu yang berlalu..
seperti biasa membuat tugasan..menjawab kuiz atau ujian...
yang paling geram bila aku semangat 'study',kuiz dan ujian tak jadi..
'part' yang paling geram....
kena betulkan tugasan yang salah..
main badminton dan 'skipping'..
yeah..masa untuk kurangkan berat badan..
nak kurus 'slim 'macam artis yang g 'slim world' tu memang tak la kan..
so buat la aktiviti yang mengeluarkan peluh..
malam jarang makan..
makan roti dan air milo..
air milo??erk..rosak la cara pemakanan..hahahaha

yang paling menyentuh hati atau terharu adalah bila ada orang sanggup datang dari jauh
semata-mata nak jumpa aku..baru je sampai dari segamat terus jumpa aku..
hari-hari datang jumpa aku..teman aku beli barang dapur..pergi jalan-jalan..
bersabar dengan perangai aku cam hampeh..memang nak kena lempang..huhuhu


oh hati..hargailah orang yang sayang kamu..
terimalah dia seadanya..
sayang lah dia seperti dia sayang kamu..


aish..
tah ape2 ntah..
ok bye..
ops thanks again..thanks








p/s: ber'blog di makmal FF2..dan dikelilingi oleh 'makhluk perosak'

Tuesday, February 15, 2011

pilih idaman kalbu anda

haish hari Maulidur Rasul selang sehari selepas Valentine's Day..
kalau cakap je pasal Valentine ni..semua orang tahu..
mungkin ada yang menunggu tarikh 14.2..
ye a..nak celebrate sama2..together2 with the love one..
bagi present bagai..
ceh..buat orang jeles je..
walaupun dah diwar2kan menyambut Valentine tu haram..
pihak berkuasa berganding bahu membanteras masalah ni..
oleh itu ramai la yang tertangkap..
macam kat Buletin Utama tadi..
Ya Allah,mintak jauh la..
aku tak nak terhumban ke dalam lembah maksiat..

Hari Maulidur Rasul..
mengingatkan aku zaman sekolah rendah dulu..
aku masuk pertandingan bercerita..
mestilah dapat tempat pertama terakhir..
dapat sagu hati je..ok la tu..dari tak dapat langsung kan..hehehe
seingat aku masa tu darjah dua kot..
tajuk dia Tetamu Allah..
jalan cerita memang tak ingat langsung..
memandangkan aku pasukan biru,Sang Wira ( nama rumah sukan)
aku pakai baju kurung biru..
sebab berarak ikut rumah sukan.
berarak dari sekolah ke masjid..

kalau kisah nabi ni??
ingat tak??
aku??
bila teringat kisah2 nabi ni,
betapa patuhnya Rasul pada Allah,
memperjuangkan  Umat Islam..
masa Rasul mati pun dia cakap
"umati!umati!umati!
sebenarnya aku pun tak bape nak ingat kisah nabi..
dulu masa sekolah ingt la..
ni pun ngah search balik..
flashback kisah2 nabi masa sekolah dulu..
aku tau korang semua mesti tau kan kisah2 nabi ni..
k la..
ak nak baca kisah2 nabi ni..

Sunday, February 13, 2011

jangan nak gaduh sangat lah

adat berkawan..
terasa hati ngan kawan..
kecik hati ngan  kawan..
rase nak tumbuk kawan..
gaduh ngan kawan..
perkara biasa.

kadang-kala,
apa yang kita buat,kita tak sedar,
benda tu menyakitkan hati kawan..
benda tu membuatkan kawan tak selesa..

kita manusia biasa.
kesilapan selalu berlaku..
bukan disengajakan.
niat nak bergurau.
tapi membuatkan kawan terasa..

kawan.
andai diri ini membuatkan dirimu terasa,
MAAFKAN AKU..
andai dirimu berkecil hati,
AMPUNKAN DAKU..
andai dirimu tak selesa dengan diriku..
atau berkasar atau salah,
TEGURLAH AKU..

aku hanya manusia biasa yang selalu membuat kesilapan..
kawan-kawan sekalian,
aku memohon seribu kemaafan..
walau bukan hari raya..
apa salahnya kita memohon kemaafan....
semoga ikatan persahabatan yang terikat berkekalan ke akhir hayat..
TERIMA KASIH KAWAN KERANA MENJADI KAWANKU <3



P/S: kepada sesiapa sahaja yang berasa diri ini kawannya..maafkan aku..
aku sayang kalian..
PEACE NO WAR

Saturday, February 12, 2011

selamat tengah hari semua :)

menanti ku menanti...
menanti duit pinjaman Yayasan Terengganu...
kenapa tak dapat2 lagi??
aku tak layak ke??
ada masalah ke??
tak call pun bagitau ape2..


aku dah pokai ni..
guna duit simpanan yang ada..
duit dah tak bape nak ad..
huwa...huwa...

p/s:quick update sebab dah lame tak update..nanti xda orang nak follow..hahahaha..
ayat nak poyo je..
ok.masa untuk focus stdy..
wish me luck :)

Saturday, February 5, 2011

dah bosan sangat ke??

MALAS sila pergi main jauh-jauh..
saya tak mahu anda la MALAS..
saya tak suka anda la MALAS..
saya lagi lah tak sayang anda MALAS..

RAJIN sila datang ke mari..
saya merindui anda RAJIN..
saya nak sangat jumpa anda RAJIN..
saya sayang anda RAJIN..
jangan tinggal saya RAJIN..
saya perlukan anda..
kalau anda tiada,saya akan gila..
gila dan terus alpa..
oh RAJIN..