eh ada yang berubah. terdapat 3 keping kad raya di tampal berdekatan suis lampu.dua jatuh.tinggal satu.
aku pandang komputer yang selalu aku guna main game,online dan blogwalking juga untuk membuat kerja.
komputer yang selalu membuatkan menyumpah beliau.tiba-tiba terpadam.selepas on akan padam sendiri.
sila upgrade komputer ini wahai encik bos.
sumber google |
aku pandang whiteboard.ada juga sedikit terselit tulisan aku yang mencatat appointment,kerosakan mesin atau apa sahaja.ada juga kesan aku meninggalkan jejak di situ.tulisan buruk.kelak akan dipadam jua.
hari ini 26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan.,aku telah menghabiskan cuti semester 4 bulan.bukan sepenuhnya.tpi sekurang-kurangnya mengisi masa terluang.banyak benda aku pelajari.mungkin berguna pada masa akan datang.
aku mengambil kesempatan bersalaman dan berpelukan sesama jantina. memohon kemaafan andai diri ini telah menguris hati mana-mana pihak. tak lupa juga kepada peniaga gerai makanan dan minuman yang selalu aku tapau.
setiap pertemuan mesti ada perpisahan.aku sudah ralit dengan perasaan ini.semoga ukwah yang terjalin tidak akan dilupakan.Insya Allah.