Friday, March 14, 2014
Jumaat penghulu segala hari
Ya Allah, semoga pada Jumaat yang mulia ini, Kau turunkanlah hujan. Kau tunjuklah petanda di mana MH370 berada. Ya Allah, sesungghunya kami terlalu lupa dan alpa terhadapMu. Ampunkan kami Ya Allah.
Wednesday, October 17, 2012
woi follow la aku
Alhamdulilah aku masih bernafas dan mampu meneruskan hidup di dunia ini. Sedar tak sedar bulan Oktober dah nak hampir ke separuh bulan. Masa berlalu pantas sekali. Ayat yang selalu kite ungkapkan.
Beberapa bulan tidak melawat blog ini setelah berhempas pulas menamatkan pengajian pada Julai yang lalu. Alhamdulilah. Dan bakal bergraduasi pada bulan Disember, Insya Allah.
Hidupku sekarang bebas dari belajar, assignment, test dan kuiz. Tapi yang menjadi masalahnya badan semakin kembang comel. bukan aku tak cuba cari keje. dah banyak aku hantar resume tapi satu pun tak da feedback. Tiada rezeki, mungkin. Apa boleh buat mungkin kata-kata aku termakbul sebab pabila orang bertanya,'tak kerja ke? dan aku menjawab mahu cuti puas-puas.
Sebenarnya tiada apa yang mahu diceritakan. Cukuplah selama ini segala aktiviti dan ketidakpuasan hati terluah di twitter,laman sosial yang digilai oleh semua orang. Setiap masa dan waktu ada saje yang di'tweetkan' hingga melalaikan dan menjadikan kerja lambat. Bahkan segala keluahan rasa dan apa saja mengadu di Twitter hingga ada yang bersuara,'Buat apa mengadu di Twitter, mengadulah kepada Allah'.
Ya memang betul setiap keluhan atau apa saja sebaiknya diadukan kepada Allah tetapi kekadang kita ni makhluk biasa. Tidak sampai hati mahu diluahkan kepada orang sebaliknya laman sosial ini jadi mangsanya. Walaupun ada yang tidak puas hati, benci dan menyampah dengan status kita. Satu cara nak elakkan perkara begitu, tekan saja unfollow button. Senang cerita. Apa kata follow tweet yang berfaedah seperti @ustazBertweet, @iluvislam, @fedtriyahya, @ShamKamikaze, @IslamicMoments, @JenakaUstAzhar dan banyak lagi.

Thursday, August 2, 2012
Langit dan bumi menangis
Alhamdulilah hari ni dah 13 hari kita berpuasa.Semakin hari semakin dekat Ramadhan akan tinggalkan kite.Langit dan bumi bakal menangis pabila bulan ini akan berlalu pergi.Tiada bulan lain sehebat bulan ini.Bulan yang banyak menolong kite mendapat pahala free.Semuanya atas kita untuk mengumpulnya.
Ayat-ayat di atas aku petik dari ceramah free mak aku pagi tadi.
Oh ya dah lama aku tidak mencoret di sini.Ini kerana kekangan masa,bil broadband tidak bayar dan aku mahu menjimat bil elektrik rumah aku.Memandangkan laptop aku tidak mampu bertahan dengan baterinya.
Pukul 4 sudah.Aku mahu menonton Takdir Qismah.

Monday, July 9, 2012
Namaku diseru!!!
Fuuhhhh tiup sekuat yang boleh.tersembur-sembur air liur.Tiup sesawang yang lama bersarang.Sarang angkut-angkut pun ada.Ambik kayu cocok kat sarang tu.Pecah dan hancur dan telah kotorkan lantai.Habuk berterbangan bersama angin dan sesekali habuk itu masuk ke dalam mata.
Entry 2 bulan lepas tak sempat habis.Gara-gara virus menyerang laptop kesayangan.
hilang segala kenangan.Hampir separuh kenangan itu hilang.Gambar yang membuatkan kenangan itu diingati hilang dimamah ole virus.
Sekarang dah masuk bulan 7 masih giat bertempur dalam peperiksaan akhir untuk semester akhir. Tadi satu kertas telah tumbang tinggal lagi satu kertas dan pembentangan subject Independent Study.
Oh tidak sabar mahu menamatkan segalanya.Menamatkan pelah lelah selama hampir 2 tahun.
Echah!!Echah!!.
Oh namaku diseru aku harus pergi.
Sunday, May 13, 2012
Sarawak Bumi Kenyalang #Day 3
Hari ini masa untuk membuat tugasan di Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village (SVC).SVC ni terletak di kaki Gunung Santubong.Dalam 1 jam @ 45 minit dari Kuching.Ikut laluan ke Damai Beach.
Selepas selesai kerja di SVC kami bertolak pulang ke rumah dzul untuk menikmati Laksa Sarawak.Laksanya dari bihun dan kuahnya seperti kuah kari.Sangat sedap.Thanks dzul's family. Tidak lupa sebelum itu kami ke Main Bazaar untuk membeli buah tangan.Biasanya kat sini yang murah adalah tshirt.keychain atau beg manik2 murah dibeli di pasar serikin.
End of day 3.
pemandangan dalam perjalanan ke SVC |
Gunung Santubong |
Pintu masuk SVC |
rules di SVC |
tiket RM 15 sebab guna student card.tiket ada utk VVIP,kanak2,OKU dan biasa. |
penari orang bidayuh |
groupmate |
tempat kepala digantung dang menghalau roh jahat |
barang orang bidayuh |
topeng yang biasa digunakan semasa pesta atau mengubati org sakit |
alat-alat orang bidayuh |
rumah Iban.cara memproses padi menjadi beras |
menenun selama 5 bulan.ni hasil dari 3 bulan yg lepas. |
pembuatan kuih jala.kat semenanjung pun ada. |
pemandangan dalam SVC.ada orang shooting tajuk 'PUteri Sarawak' |
rainforest Music House |
ada papan tanda.so korang tak kan sesat :0) |
kul 11.30 dan 4 theatre time.tarian dari setiap suku dan kaum di Sarwak. |
tarian Selamat Datang |
Selepas selesai kerja di SVC kami bertolak pulang ke rumah dzul untuk menikmati Laksa Sarawak.Laksanya dari bihun dan kuahnya seperti kuah kari.Sangat sedap.Thanks dzul's family. Tidak lupa sebelum itu kami ke Main Bazaar untuk membeli buah tangan.Biasanya kat sini yang murah adalah tshirt.keychain atau beg manik2 murah dibeli di pasar serikin.
End of day 3.
Saturday, May 5, 2012
Sarawak Bumi Kenyalang #Day 2
Hari kedua diteruskan ke Semenggoh Wildcenter.tiket RM 3 seorang.Nak tengok orang utan face to face sebab masa ni dorang feeding.So kena pergi pagi2 dalam pukul 7-9 pagi sebab lepas dorang kenyang dorang akan pergi bermain.Kami terlewat sampai dan orang utan masuk hutan.oh kecewa hatiku.Tapi dapat tengok seekor je.Kalau nak tengok jugak sila datang pada pukul 3 petang.
Nama dia Minah |
ini lah saya ketika kenyang. |
terima la posing saya yang terbaik.yeah :) |
Ni board pasal orang hutan di sini.Ritchie orang hutan paling tua dan terbesar.kat sini jugak ada muzium orang hutan.kat situ ada sijil kelahiran dorang.hebatkan? |
Think nature Love nature Be with nature |
buaya pun ada jugak kat sini |
Kemudian mengambil kesempatan ke UiTM Kota Samarahan.Masa ni kan student cuti.So suasana senyap dan sunyi.Aku suka persekitaran di sini.Dorang punya UiTM cantik.
Dewan jubli UiTM |
kat ats tu library.bawah tu kolam.best je rasa |
rojak buah ( rm3) dan fruit puding vanila (rm3) |
ais jagung tabur milo (rm3) |
Muzium Kuching.Semua cerita pasal Sarawak ada di sini.Masuk free.dan weekend pun buka. |
Layang-layang panjang dilepaskan di udara.area waterfront. |
Dewan Undangan Negeri Sarawak.kena seberang kalo nak ke sana. |
niat untuk menaiki cruise dihentikan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. |
Seafood time at Top Spot.Terbaik.Banyak pilihan kedai dan seafood yang segar2.
sup sirip ikan yu |
sotong celup tepung,butter prawn dan sayur neding (kalo kat terengganu & kelantan pucuk niding buat bubur lambuk) oh ya jus apple satu jug RM 21. |
ikan merah tiga rasa.total semua RM 108 tak termasuk air. |
dessert aiskrim gula apung.ni area kat India Street |
End of day two :)
Saturday, April 28, 2012
Sarawak Bumi Kenyalang #Day 1
Hari pertama bermula.Destinasi pertama menuju ke Pasar Serikin.Pasar ini terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan mengambil masa lebih kurang 1-1 jam setengah dari Bandar Kuching. Pasar ini buka pada WEEKEND je.Diingatkan supaya memakai pakaian yang menyerap peluh,bawa spek mata hitam atau payung dan elakkan memakai baju hitam.Lagi satu sila bawa minuman secukupnya.Cuaca di sini sangat la panas.Panas dari lain yang lain.Silalah datang awal pagi untuk mengelakkan bahang panas waktu tengah hari.
muka semangat di awal pagi :) |
ini dia pasar serikin |
telekung yang cantik2 |
pelbagai barang ada.baju,kasut,beg,tikar,makanan,kain pasang,batik,pelikat |
kalau nak beli beg atau barang2 yang bermanik2 sila beli di sini.murah sikit. |
baju dan blouse tak kurang cantiknya |
ha ni dia barang2 yang di borong |
walau panas terik bergambar perkara wajib. |
Setelah berpuas hati dengan barang yang dibeli dan puas pusing satu pasar ini.masa untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut yang bergema lagu tradisi Sarawak.lalalala
makan di food court Bau.sila jangan makan di sini kerana harganya yang agak mahal.aku makan ayam pansuh dan burung puyuh juga limau ais rm13. |
perut kenyang,senang hati.mari ke destinasi seterusnya,Pasar Minggu Satok.Kat sini ada jual keychain atau souvenir,ikan terubuk,lada hitam,rempah ratus,baju2 tshirt sarawak dan makanan.pasar ni sama macam pasar malam tapi bukak WEEKEND je.agak murah la.tapi kalo tshirt tak pasti.murah tapi tak berkualiti.
keychain murah.hari tu dapat 3 paket ( ada 10 satu paket) RM 25. |
macam-macam ada.boleh beli untuk kawan2 dan family :) |
jom pergi wisma satok.dah kena panas satu hari jom rasa aircond. |
driver penat kena urut dulu |
muka penat yang mampu senyum |
Taman Sahabat tidak dilupakan.Dah sampai tapi hujan lebat dan kilat sabung menyabung.hasrat dibatalkan dan pulang ke rumah.sebelum tu pekena sotong kangkung di kedai makan Lok Ann ( kalau tak silap).
ini dia sotong kangkung,white lady dan ABC. |
Kemudian makan malam di rumah Dzul.thanks again.segan pulak asyik makan rumah orang je.Mak dia masak tempe dan umbut kelapa.dah lama tak makan makanan macam ni.Kemudian mengambil angin di Waterfront dan menikmati night view di Kuching.
Dewan negeri sarawak.unik bangunannya. |
river cruise rm60.makan sambil menikmati view sunset selama 1 jam setengah.tak sempat naik sebab petang selalu hujan :( |
Kuching kucing kucing |
End of day one :)
Subscribe to:
Posts (Atom)