.Kemudian ternampak kunci kereta member sorang lagi di atas meja makan.dia balik rumah di Sungai Buluh.Aku terus mencapai telefon dan terus menghantar pesanan ringkas kepadanya.
Maka bersiaplah kami menuju ke Setia Alam.Dengan memandu kereta dengan kelajuan 40 km/j dan sticker P tertampal di kereta.Aku berharap pemandu lain faham akan situasi aku.Bersabarlah kawan.Biar lambat asal selamat.Terketar-ketar tangan memegang stereng kereta.Pedal minyak ditekan seperti hidup segan mati tak mahu.Kawan di sebelah,'tekan minyak lagi cah.ni bukit kang tak gerak'.Ok.Perasaan takut terus menyelebungi diri kerana pertama ,lesen P kalau jadi apa-apa lesen kena gantung.Kedua,kereta orang.Risau kalau berlaku benda yang tak diingini.
Alhamdulilah kami selamat pergi dan sampai.Sempat singgah di pasar malam fasa 2.Kemudian balik ke rumah untuk menikmati ayam Uncle Bob yang dibeli di pasar tadi.
Tiba-tiba,'Kenapa ada rambut bertaburan atas meja ni?'
Oh kan dorang( jiran depan rumah) potong rambut.Angin terbang bawa rambut tu'.Aku terus pandang ke lantai.Tiada seurat rambut pun.Dan aku bersuara,'Dorang potong rambut semalam.Aku mop lantai dan kemas meja pagi tadi.Tak da rambut pun'.
Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.
'Aah la kan.tadi masa makan tengah hari tak da pulak rambut ni'.
Kemudian terdengar suara lagi,'Mungkin Umi balik tadi.Dia potong rambut pastu keluar balik'. 'Apa motif dia nak potong rambut letak atas meja.Kalau dia balik mesti laptop dia simpan.Aku tengok ada je tersadai kat situ'.
'Malam ni aku tidur dengan ko'
Eh kita tidur bertiga la.
sumber cik google. |
Rambut itu masih menjadi tanda tanya.Milik siapakah rambut itu?