time is gold

Friday, August 26, 2011

pertemuan di suatu hari

aku menatap setiap penjuru di  dalam pejabat. tetap sama. tak berubah sejak aku mula bekerja di sini pada 23 Mei lalu.
eh ada yang berubah. terdapat 3 keping kad raya di tampal berdekatan suis lampu.dua jatuh.tinggal satu.

aku pandang komputer yang selalu aku guna main game,online dan blogwalking juga untuk membuat kerja.
komputer yang selalu membuatkan menyumpah beliau.tiba-tiba terpadam.selepas on akan padam sendiri.
sila upgrade komputer ini wahai encik bos.

sumber google




aku pandang whiteboard.ada juga sedikit terselit tulisan aku yang mencatat appointment,kerosakan mesin atau apa sahaja.ada juga kesan aku meninggalkan jejak di situ.tulisan buruk.kelak akan dipadam jua.

hari ini 26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan.,aku telah menghabiskan cuti semester 4 bulan.bukan sepenuhnya.tpi sekurang-kurangnya mengisi masa terluang.banyak benda aku pelajari.mungkin berguna pada masa akan datang.

aku mengambil kesempatan  bersalaman dan berpelukan sesama jantina. memohon kemaafan andai diri ini telah menguris hati mana-mana pihak. tak lupa juga kepada peniaga gerai makanan dan minuman yang selalu aku tapau.





setiap pertemuan mesti ada perpisahan.aku sudah ralit dengan perasaan ini.semoga ukwah yang terjalin tidak akan dilupakan.Insya Allah.

Thursday, August 25, 2011

Spontaneus Thursday # 4

Dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustazah

labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim

dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya

aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu

cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu

dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik ..







sumber :aku islam

Spontaneus Thursday # 3


sumber google

Spontaneus Thursday # 2

handphone kesayangan berdering. nombor tak dikenali tertera.

orang tak dikenali : hello.

aku : hello.sapo nie?

orang tak dikenali : sayo posmen.

aku : nipu. ( spontan )

orang tak dikenali : ya allah betul la.sayo nok tanyo mano rumoh awok?

aku : bakpo ( kenapa)

orang tak dikenali : ado ore (orang) ata barang.namo dio bla.bla.bla.

aku : yo ko?(ye ke) mintak maap la abe.ingat saing sayo.dio berehi ( suka)  kenak ( kacau)  sayo.

posmen : nak buat rano ( macamane).sayo pun posmen baru sini. mana so(satu)  rumoh awak?

aku : masuk jalan bla.bla.jumpa simpe ( simpang) masuk kanan.bla.bla.

posmen : jupe doh ( dah jumpa)

aku : mintak maap sekali lagi.terimo kasih bayok ( banyak)

posmen : xpo.( tak pe)


ok.malu.


sumber google

Spontaneus Thursday # 1

penukaran duit raya di Bank Muamalat,CIMB sudah tamat. Maybank tamat hari ini. sekitar Taman Universiti,Skudai sahaja.area lain tak tahu. sekian,terima kasih.






p/s : gambar dari sumber google :)

Monday, August 22, 2011

bukan mengharap tapi sekadar hiasan

hujung bulan semakin dekat.makin kita kejar,makin cepat ia berlalu.
kebosanan yang melanda.tiada kerja perlu dibuat selain menjawab panggilan telefon dari pelbagai pihak.
praktik customer service yang dipelajari 3 tahun lalu.

blogwalking.blogwalking.penat kaki bertatih.
setiap entry dibaca dan kadang kala meninggalkan sepatah dua kata

mouse terus digerakkan ke arah ads nuffnang.
dan terjadilah ia.
bukan mengharap tapi sekadar hiasan.

sumber google


lambat sangat

jari-jemari kasarku ralit menekan key-key piano. Marry Had A Little Lamb. aku baru belajar. level 1.
dengan menggunakan sebelah tangan untuk lagu itu,kekadang tersalah tekan.lain bunyi.rasa pelik.

message alert 4 berbunyi. adoi kacau betul.terganggu seketika konsentrasi aku.
aku terus menekan yes untuk membaca message.

'tolong tukar duit.RM1 100 keping dan RM 10 100 keping'.dari Kak Mah,kakakku yang ketiga.
'ok'.jawabku ringkas.

pukul 12.30 tengah hari,aku terus ke bank. kebetulan ada cek untuk dimasukkan.
kaki menapak laju ke Bank Muamalat.matahari  pula tidak mahu kalah.terus memancar sinarnya.

'duit RM 1 je tinggal.yang lain tak da'. aku terdengar perbualan customer dan pegawai bank.

sampul duit raya tidak dapat.hampa.sebab sudah habis.setelah selesai terus ke CIMB Bank.

PENUKARAN DUIT  RAYA PUKUL 9-12 SAHAJA.

oh tidak mengapa.terus ke Maybank.

PENUKARAN DUIT RAYA BERMULA SELASA 23/08/2011 DARI JAM 10-1

hadoi.sekali lagi.

sumber google

Friday, August 19, 2011

takut

hujan lebat membasahi bumi.
ku sangka panas hingga ke petang.
alhamdulilah Yang Berkuasa telah menurunkan hujan.
mengurangkan kepanasan.
tapi sesekali kedengaran guruh.
aku takut.
sekarang waktu asar.hari ini jumaat.
aku takut.takut Kiamat.

kenapa mahu takut Kiamat?
semua orang takut Kiamat.takut dunia berakhir.
dengan amalan yang tak mencukupi.aku takut.

sumber google

Thursday, August 18, 2011

Spontaneus Thursday # 2

sudah mula membuat biskut raya.

chupa chup chip

almond london separuh siap.belum celup coklat

gulungan adik manis.nama kuih merepek.hehehe

Spontaneus Thursday # 1

tak perlu merasa bangga dengan apa yang kite kecapi. dalam sekelip mata apa yang kita miliki boleh lenyap.

Tuesday, August 16, 2011

Friday, August 12, 2011

yang ditegur dan penegur

tepat jam 1.00 petang aku berjalan menuju ke Bank Muamalat.payment masuk.boleh bayar gaji pekerja.tak perlu pening kepala menjawab pelbagai soalan pekerja bertanya berkenaan gaji.


TUTUP. alamak.awalnya tutup.tengok jam di tangan.tidak bergerak.kena tukar bateri.

Ya Allah sudah Jumaat hari ini.12 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan.Alhamdulilah suku bulan kita telah berpuasa.memang patut ditutup kerana menghormati kaum Adam untuk menunaikan solat Jumaat.

setelah menukar bateri jam dan dikenakan bayaran sebanyak RM 12.agak mahal.aku terus menatap jam di tangan. pukul 1.30.

aku menuju ke CIMB Bank.ramainaya kaum Adam.tak pergi masjid ke?

balik ke office.aku terus update status aku.


kemudian mendapat 2 3 komen.
















susah ditegur.ditegur terus melenting.yang ditegur dan penegur sama sahaja.apa nak jadi.





p/s: tak reti crop.hehehe

Thursday, August 11, 2011

Spontaneus thursday # 2

kenapa blog dorang ramai followers?
bagaimana nak dapatkan follower yang ramai?
apakah caranya?
cara penyampaian?
layout?


P/S : giler glamour.hahaha

Spontaneus thursday # 1

sumber google
Bulan Ramadhan bulan mulia.jangan terlalu mengejar bulan Syawal
renungan bersama.

Monday, August 8, 2011

macam mane ni??

pagi tadi malas seakan-akan melekat di badanku.seperti berkata,'tak payah la pergi kerja,bukan ada kerja pun'.
aku mahu saja menuruti perintah itu.tapi apakan daya.office itu bukan hak aku.tapi hak kerajaan orang lain.
ini angkara cuti hari minggu semalam.antara faktor penyebab malas.

baju kurung.sesuai sangat untuk ke office.pilih yang senang digosok.

gambar sekadar hiasan
masuk ke office terus menerkam ke komputer milik syarikat.check email.baca dan delete.tak perlu semakkan inbox. buka facebook. baca status member-member yang sudah melebihi berbelas-belas jam  yang lepas.bosan.

apalagi mahu dibuat pabila berseorangan?membaca entries yang aku follow.ini perkara rutin harian aku.aku akan membaca setiap entry yang aku follow.tidak akan tertinggal.
aku sekadar membaca tidak mengomen.tetapi sesekali ada juga aku tinggalkan komen.sekadar memberitahu tuan empunya blog,'hey i baca blog u,baca blog i juga ye.( ini tipu)

kadang-kadang terasa geram pabila blog yang letak lagu kegemaran beliau,kemudian dia post video.macamana nak dengar?kalau lagu yang guna fullmusik tu macamana nak hentikan?



P/S : jangan terasa jangan kecil hati.sekadar luahan di hari yang bosan :)

Friday, August 5, 2011

hutang orang kena bayar la

follow up.ya follow up pabila hujung bulan atau aal bulan payment tak masuk-masuk. sudah menjadi pekerjaan aku.aku akan menelefon setiap customer yang sudah lama tidak berbayar.

situasi 1

aku : hello.saya aisyah dari Moklin.

customer : ye aisyah.ada apa?

aku : saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : kejap ye saya check.

aku : ok. 

 tunggu sementara.lebih kurang 2 3 minit.

customer : nanti kalau ada cek,kita akan bagitau.

tak mengapa mungkin belum rezeki. teruskan membuat panggilan untuk customer seterusnya.

situasi 2

aku : hello.saya aisyah dari Moklin.

customer : ye cik aisyah.ada apa-apa yang saya boleh bantu?

aku : saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : kejap ye saya check.

aku : ok. 

customer : setakat ni tak da lagi.

aku : ok.terima kasih.

situasi 3

customer : syarikat api batu ( contoh)ada apa-apa yang saya boleh bantu?

aku : hello.saya aisyah dari Moklin. saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : kejap ye saya sambungkan ke bahagian akaun.

aku : ok. 

customer : helo.syarikat api batu.

aku : hello.saya aisyah dari Moklin. saya nak tanya ada apa-apa persediaan payment untuk Moklin tak?

customer : invoice no berapa?

aku : invoice bla.bla.bla.bernilai RM 4000+++

customer : RM 4000++. u buat service apa? bila date dia?

aku : cleaning service.2.8.2010.

customer : u cuci apa sampai RM 4000++?

aku : external dan internal cleaning.shampoo carpet.

customer : kan dah dah cakap i tak puas hati dengan service u.kira tak yah bayar la.

aku : ok.terima kasih.



kerja dah siap.tidak berpuas hati? apa yang kami dapat?ragam manusia.bagai menanam tebu di bibir mulut.

lain pula jika awal bulan, semua senyum lebar.sebab dapat gaji.seperti biasa supervisor akan call.

supervisor : helo.ada gaji tak?

aku : tak da.

aku seperti sebak bila ada orang call tanya tentang gaji. sedih.suara-suara yang telah berumur.mengharapkan ganjaran setelah kerja dilakukan.lebih-lebih lagi bulan puasa. semua orang perlukan duit. harga barang naik. tapi apakan daya.aku telah berusaha kejar payment tapi dari pihak sana yang bermasalah.



Thursday, August 4, 2011

spontaneus thursday # 2



berkecil hati pabila melihat gambar prkahwinan kawan sebab tidak diundang :(

spontaneus thursday # 1

perut nyanyi lagu irama malaysia..hahaha

Tuesday, August 2, 2011

jangan pukul dia,kak

petang semalam,aku berpeluang mengunjungi ke bazar Ramadhan di Taman Sri Pulai. pertama kali,berpuasa di bumi Johor.

tahun lepas,di bumi Shah Alam. berbuka bersama kawan-kawan tersayang. rindu pula bila teringat.

lain pula tahun ini,berbuka bersama keluarga mak cik. berbuka puasa dengan kuih-muih. memang menjadi perkara biasa bagi keluarga mak cik aku setiap kali bulan puasa. tapi pada waktu sahur pula,baru menjamah nasi dan lauk. teringat pada Nodh memang orang JB berbuka dengan kuih-muih atau mee atau bihun goreng semasa zaman diploma di UiTM Alor Gajah.

bazarnya tidak terlalu besar.kerana kebetulan semalam ada pasar malam.jadi orang pun tidak ramai.

sekadar hiasan.sumber google.

banyak kuih-muih dan lauk pauk.memang terliur.rasa seperti mahu beli semua. bak kata kak irda,'awak ada sini 29 hari lagi,esok boleh beli lagi'. ok.jangan terlalu ikut hawa nafsu.tapi aku sekadar membeli kuih deram atau telinga kera ataupun gelang moyang.

mata aku sperti biasa akan melilau sana sini. tiba-tiba,seorang perempuan pengsan. nasib ada seorang lelaki mungkin suami atau teman lelaki tolong papah duduk ke tepi longkang. mukanya pucat lesi. mungkin penat hingga buat dia rasa pitam.

terdengar pula anak-anak kecil menangis.mungkin rimas sebab ramai orang.tak pun mungkin keinginan tak tercapai. aku nampak budak lelaki menangis. ibunya sedang membeli air. si anak sedang menangis tapi dengan spontan dia menampar pipi si kecil itu.2 kali.aduhai ibu.dia kecil lagi.kenapa tampar dia?nak tampar anak pun jangan la di depan orang ramai.si anak makin menangis.dah la bulan puasa,sabar kak.lain kali tak payah bawa anak.tinggal je kalau rimas nak layan anak.